Sabtu, 20 November 2010

Dah lukis 10 kali, baru boleh kata tak lawa.

Suatu petang Aidiladha yang hening, tatkala aku sedang menonton TV, anak buah kesayangan aku memujuk aku supaya main lukis-lukis dengan dia. Sebagai makcik yang mithali, aku pun menyambut pelawaannya itu. Dia memang suka main lukis-lukis dengan aku sejak dia kecik lagi. Semasa 4 tahun aku di perantauan, aku asah skill melukisnya through YM! Doodle, memang all out la budak ni, lukis guna pensel boleh, guna mouse pun boleh. Heheh.

This time, dia mintak aku ajar dia lukis buaian. Sebab dia baru lepas balik dari playground. Kurang seminit aku dah siap lukis buaian untuk dia (buaian yang aku lukis bersesuaian dengan motor skills budak umur 7 tahun). Macam biasa, aku suruh dia buat pulak. Lepas dia lukis satu line ni, dia padam balik.


Aku: Apsal padam? Buat je dulu. Tak sama pun takpe.
Icha: Tak reti.... nanti tak lawa
Aku: Laa.. Kalau tak lukis lagi camna dah cakap tak lawa. Cuba la dulu.
Icha: Tak nak. Nanti tak lawa..

Dia dah mula muncungkan mulut, hampir menunjukkan ciri-ciri untuk 'throw tantrums'. Tapi masih nekad nak belajar juga. Dia try lukis lagi.....then padam semula.

Aku: Apsal padam? OK je garisan tu.
Icha: Tak laaawaa....tau dah mesti tak lawa.

Suddenly, it strikes me of how much she resembles me. I felt like I am talking to myself, the mini-me. Belum cuba dah fikir macam-macam, always have negative thoughts about things before I even actually experience/ do it. "Apsal tak drive?" "Alah, tak konfiden ah, tak reti nak park, nanti tersondol kereta orang sebelah, nanti kemek, nanti kena hon, nanti langgar ayam *(?), nanti itu....nanti ini.". What the heck? Drive je la kan. Nenek umur 60 lebih boleh drive, takkan kau tak boleh (monologue untuk diri sendiri).

Selepas refleksi diri, aku berbalik kepada si Icha ni. Aku pun naik buntu, macam mana aku nak suruh dia start lukis, START lukis. Ding (bunyi metol menyala), aku pun came out dengan satu principle ni, which aku belasah je sebenarnya.

Aku: Icha try je la lukis dulu, mana boleh lukis sekali terus jadi lawa. Kena lukis banyak-banyak kali baru boleh jadi lawa. Sekarang ni, lukis je dulu, tak boleh kata tak lawa. Kalau dah lukis 10 kali, BARU boleh kata tak lawa. Boley??

Icha: Aaaa (sedikit blur) Yela...(sambil start lukis)


Aku pun sambung tengok TV. Tiga minit lepas tu dia bersuara:

Icha: Ala makde... tak lawaaaa
Aku: Berapa kali dah lukis?
Icha: 3 kali
Aku: Ada berapa kali lagi baru boleh kata tak lawa?
Icha: 7 kali (sambil sengih-sengih)
Aku: Ok good. Lukis lagi

Selang beberapa minit:

Icha: Ala dah 6 kali dah, tak lawa...
Aku: Kan ada lagi 4 kali. Cuba lagi

Tapi dalam hati aku, alamak kalau dia dah 10 kali lukis tapi tak lawa (bagi dia) macam mana? Habislah principle yang aku perkenalkan ni. But that was not my point. My point was for her to START and KEEP drawing, regardless of the results.

Lama dia senyap. Then aku jenguk tengok apa jadi.

Icha: OK dah siap!...Nak warna pulak!!!
Aku: Wohhoooo! Good girl.

Yayy..lengkap satu playground.



Nama saya Danisha. Love this girl.

*kisah benar

Tagline Nike: Just Do It!!

Khamis, 14 Oktober 2010

perihal sekolah asrama

Wau dah lama tak tulis entri panjang-panjang. 2-3 Entri sebelum ni memang mengadaptasikan konsep KISS (Keep it short and simple/ sweet) kerana dihimpit dengan kesibukan duniawi. Jadi, its time to KILL (Keep it long and lengthy/boring/wordy) – OK ni aku cipta sendiri, tak masuk dalam modul writing yang diajar dalam program BeST dulu.

Betul tak kalau aku nak kata, antara kawan-kawan yang kita rapat atau still keep in touch tergolong dari kawan-kawan SEKOLAH MENENGAH? (Kawan-kawan universiti tu lain cerita, lah – university is one of our latest milestone). Aku dah meninggalkan zaman sekolah menengah dekat nak 7 tahun dah. Wau. 7 tahun? Apa istimewanya kawan-kawan sekolah menengah ni? Bagi aku, sangat istimewa lagi-lagi kalau bersekolah asrama (tak kisah la penuh ke tak penuh ke MRSM ke). Bangun pagi tengok muka kawan, beratur kat toilet pun dengan kawan, pergi sekolah jumpa kawan lagi (duh~), makan tengah hari, pergi prep & riadhah (kalau korang tak escape lah), tidur, pendek kata semua benda lah buat dengan kawan. Even hujung minggu pun outing dengan kawan. Adoyai..

Its true, zaman universiti pun kita buat semua benda dengan kawan, tapi cuba tengok balik umur waktu sekolah menengah (13-17 tahun). Dalam umur ni la, macam-macam jadi, dengan perubahan hormon, krisis identiti, terikut-ikut budaya semasa (e.g. boybands), dengan tak reti basuh baju & baru nak belajar beli kari (berdikari) – jadi zaman ni adalah sangat mencabar, maka kawan memainkan peranan yang sangat penting. Even kalau waktu form 3 pun, bila tengok balik gambar-gambar time form 1 mesti rasa geli hati dan terkeluar dialog-dialog seperti:
"Haha. Comotnya kita! Tudung herot. Ni mesti sebab tak lilin tudung ni"
"Eh ni ******* ke ni? Pendeknya dia dulu-dulu<--merujuk kepada seorang budak putera (putera? lol)"

See, betapa berubahnya kita dalam masa 3 tahun? Eh apa point aku sebenarnya eh? Jauh melencong. Haha. Aku rasa aku nak point out bahawa zaman sekolah adalah zaman yang macam roller coaster. Extreme roller coaster. And jujurnya, aku rindukan zaman itu – it was a torturous, yet a carefree life. I repeat, CAREFREE life.

Sekolah berasrama ada banyak kelebihan dan kekurangannya (macam pendahuluan esei SPM pulak). Kekurangannya seperti tak dapat makan masakan mak, macam penjara, kena kongsi toilet etc etc. Despite this, banyak skills (pelik-pelik) yang boleh kita pelajari dan dalami dari sekolah asrama ni. Berikut adalah contoh-contohnya:

1. Skill kemas/tegangkan cadar katil

Ini memang budak-budak asrama tak boleh lari lah. Tapi, kemunculan cadar-cadar bergetah (fitted) sedikit sebanyak mengurangkan/ menjejaskan skill menegangkan cadar katil. Dulu aku pakai cadar putih biasa (tak main ah fitted), lebih mencabar, jadi kita tahu macam mana nak lipat lebihan kain kat bucu dengan kemas gitu. And kalau yang ada sampai jadi habit tegangkan katil pagi-pagi sampai sekarang, Alhamdulillah. Dulu bila dah kemas, and katil dah tegang, orang lain jangan berani-berani lah nak landing – memang rasa nak bagi pelangkung, kan?



2. Skill menerima apa jua makanan seadanya

Sekolah asrama selalunya ada dewan makan (atau dewan selera), and most of the time pelajar-pelajar akan makan di situ (kalau ada duit belanja lebih sikit – boleh lah makan kantin/ cafĂ©). Makanan dewan makan ni, faham-faham aja lah, tender dewan makan kena masak untuk 1000 orang 5 kali sehari, setiap hari pulak tu. Jadi, dari segi kualiti, rasa dan rupa bentuk makanan agak….mmm…kurang memuaskan. Nasi hangit, ikan tak bersiang (yelah siapa sanggup nak siang 1000 ekor ikan kembung), sayur rasa pasir, bihun goreng rasa overpowered with belacan/ udang kering etc etc. Kalau minggu pertama waktu form 1, memanglah susah nak adapt, tapi kalau dah 4-5 tahun makan benda yang sama, mestilah dah lali kan? Btw, takda lah teruk sangat makan DM, kadang-kadang diorang serve makanan sedap-sedap jugak kan? Especially hari Jumaat. Ada ais krim yay!


3. Skill tidur atas meja

Mungkin atas sebab jadual yang padat dan ketat, budak-budak asrama selalu tak cukup tidur. Dah lah pagi petang dengan malam kena ke kelas, lepas tu stay up pulak lagi (aku tak tergolong). Oleh itu, nak top up kan waktu tidur yang tak cukup tu, kena la tidur dekat kelas, ya tak? Kelas-kelas yang selamat untuk tidur adalah seperti kelas Cikgu Mok, sebab dia pandang ceiling belakang, so takkan perasan punya lah. LOL (eh, Cikgu Mok ada fb kan? Hehe. Meh add beramai-ramai). Mukadimah prep petang pun, dimulakan dengan 10-15 minit power nap, cewah. Stail tidur kat meja macam-macam. Ada tidur atas lengan, tidur atas timbunan buku, tak kurang juga yang tidur atas katil (ni yang escape prep terus).


4. Skill Clorox tudung (topical application)

Hari ini hari Isnin. Uniform korang fresh, bersih dan berbau Softlan. Korang pergi dewan makan, menu nasik lemak. Tiba-tiba, alamak!! Sambal kena kat tudung. Cis. Takkan baru sekejap pakai dah kena basuh balik kot? Tompok sambal hanya sebesar syiling 5 sen je. Solution: Lari-lari ke asrama, ambil cotton bud, celup clorox, sapu pada tompok sambal. Taraaa! Kotoran hilang!

5. Skill menyidai pakaian

Disebabkan ampaian yang disediakan pihak sekolah adalah terhad, maka terpaksalah carik alternatif lain untuk sidai, kan? Bukannya nak sidai sehelai dua, tapi seminggu punya pakaian (or 2 minggu?). Antara tempat-tempat illegal yang selalu digunakan untuk sidai adalah tingkap bilik, palang katil, bilik basuh, pagar asrama dsb. Ada yang dengki tu, siap tolak-tolak baju orang lain kat ampaian sebab nak sidai baju mereka yang berdaulat tu.

OK, aku dah takda idea. Kesimpulannya, I miss you all la! Budak-budak Uniteenz, or not-so-uniteenz, whatever the name of our batch was. Congrats untuk yang berkahwin tahun ni (Nisah, Amru, Ikin, Adlil, Rie) yang dapat baby (Cikie and Pijai), yang bertunang (Huda, Apad, Apah, Amed), yang baru lepas grad, semua-semua lah. Bai!

Form 5, 2003
(curik gamba Amani)




Selasa, 28 September 2010

of power distance.

Small vs. large power distance

"How much the less powerful members of institutions and organizations expect and accept that power is distributed unequally. In cultures with small power distance (e.g. Australia, Austria, Denmark, Ireland, Israel, New Zealand), people expect and accept power relations that are more consultative or democratic. People relate to one another more as equals regardless of formal positions. Subordinates are more comfortable with and demand the right to contribute to and critique the decisions of those in power. In cultures with large power distance (e.g. Malaysia), the less powerful accept power relations that are autocratic or paternalistic. Subordinates acknowledge the power of others based on their formal, hierarchical positions. Thus, Small vs. Large Power Distance does not measure or attempt to measure a culture's objective, "real" power distribution, but rather the way people perceive power differences."
p/s: Ah~ no wonder I can seriously feel the difference. Welcome home Farah!

Khamis, 23 September 2010

Welcome to the real world, Farah

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diamnya bicara

Sediam bersama
Di temani jasad kita
Kan ku cari konklusi
- Mencari konklusi by Hujan

Khamis, 2 September 2010

konsep tawakkal.

Dear friends,

Tawakal itu ialah menetapkan segala keyakinan kita kepada Allah dan semua yang dijanjikan-Nya. Maksudnya, segala apa yang telah Allah tentukan kepada kita, pasti akan kita perolehi, walaupun semua makhluk yang ada di dunia ini cuba menghalangnya. Dan segala apa yang tidak Allah tentukan kepada kita, pasti tidak akan kita perolehi, biarpun seluruh isi alam ini berusaha menolong kita untuk mendapatkannya. - Imam Al Ghazali

It's as simple as that :)



Selasa, 31 Ogos 2010

Masihkah kau ingat? Wahai anak-anak zaman 80-an.

"Masihkah kau ingat
Pada waktu itu
Sekuntum bunga mekar
Kuselit ke rambutmu..." - Kopratasa

Ok dah cukup. Tak payah la intro panjang-panjang kan, kita go straight to the point je lah this time. Keep it short and simple. Oleh sebab ramai kawan-kawan aku tergolong dari kalangan yang lahir zaman 80-an, makanya aku suspek, kita berkongsi benda/mainan/jajan yang mengingatkan kita tentang zaman itu, bukan? Tak perlu lah korang berhempas-pulas me'recall' benda tu semua, sebab aku telah secara suka-rela buatkan senarai untuk kita (ya, sama-sama).
OK, mari kita mulakan...


"TORA datang lagi dengan permainan.....". Ha jangan tipu kata korang tak pernah beli (atau mintak mak belikan benda ni). Dalam TORA ni seingat aku ada bebola coklat, mainan dengan apa tah lagi. Tapi selalunya budak-budak beli sebab nakkan mainan tu kan? Yang paling aku ingat mainan payung terjun (ada askar melekat kat hujung tu). Dan bebola coklat dia biasa saja, tak lah hebat mana pun, beli-beli je dah cair. Mm. Ada lagi satu nama dia Ding Dang - pun pakai konsep yang sama.

Ni nama dia gula-gula udang. Aku kurang pasti lah korang pernah makan ke tidak gula-gula ni. Aku membesar di Kajang, so tak berapa pasti gula-gula ni popular di tempat lain (e.g. Kota Kinabalu etc). Yang special nya pasal gula-gula ni, pembalut dia yang kat dalam (lutsinar) tu boleh makan (cair di mulut gitu).


Yang ni nama dia asam keping kot. Sebab dia bentuk keping-keping (Duh~). Asam ni sekali ngap je boleh habis satu silinder tu, tapi biasalah, budak-budak kan kalau sayang makanan, suka simpan/ delay nak makan - so aku makan sekeping-sekeping benda ni. Kecik-kecik lagi dah kenal erti bersabar. Hoho.


Yang ni Koko Jelly, pembalut dia berwarna-warni tapi prinsip snek ni adalah -bebola coklat berinti kacang. Waktu dulu aku rasa coklat ni lah paling sedap sekali, kiranya bagi budak-budak, coklat ni setaraf la dengan 'Ferrero Rocher'. Nak beli Ferrero Rocher tak cukup duit. Ada rupa bulat macam Ferrero Rocher pun jadilah. Lagipun, Koko Jelly ni tak silap aku penaja rancangan kartun Doraemon - so memang popular lah.

Nano-nano-nano-nano (2x) Nanoh (ops)

Oh nano nano saya tak sabar, saya gemar,

Manis, masam, masin, nano nano, nana... (Tiasa ulasan untuk gula-gula ni.)


OK, ni kalau dalam ranking, kira snek paling bertahan sampai sekarang. Alah, korang pun ada yang malu nak mengaku kan suka coki-coki? Haha. Tapi aku dah jumpa lah geng coki-coki semenjak aku post gambar coki-coki kat fesbuk aritu. So yeah, sep sikit! Aritu aku ada berbual dengan adik aku (orang yang selalu kena suruh beli) la pasal coki-coki ni.

Ijoi: Kau tau tak, apa yang membuatkan coki-coki ni bertahan sampai sekarang? Apa secret weapon dia?

Aku: (sambil makan coki-coki) Hmm.. entah lah. Apa dia?

Ijoi: Sebab packaging dia i.e. pakai tiub. Mana ada coklat lain packaging macam ni. Cuba bayangkan coki-coki bubuh dalam bekas lepas tu kena pakai sudu ke. Dah tak 'coki-coki' ah gitu. Orang suka mcm picit-picit tiub tu (macam picit ubat gigi yang dah nak abis la). Tu lah trademark dia.

Aku: Hak ah la. Betul jugak. (kagum dengan falsafah adik aku).

Tapi memang betul lah, orang besar pun suka makan coki-coki. Buktinya, coki-coki yang jual dekat ofis aku ni, selalu jugak sold out (no - bukan aku borong, aku pernah beli 2 kali je). Setahu aku, ofis ni takda pulak pekerja kanak-kanak ke apa. Kantoii...haha.

"Dengan kuasa bulan, akan menghukummu..". OK aku ada satu confession. Aku terer lukis SailorMoon dulu-dulu. Haha. Deskmate sekolah agama aku dulu memang fanatik lah dengan kartun ni, jadi, dia yang ajar lukis (sambil Ustazah ajar Imla' dan Khat kat depan). Tapi SailorMoon ni takda lah power sangat kalau korang tengok kartun dia. Bila penjahat datang je menggelabah & merengek, lepas tu mamat yang ada rose tu selamakan. Macam 'lame' lah jugak camna boleh minat kartun ni.

"AN AN AN tottemo daisuki DORAEMON........". Kartun ni membuatkan aku berangan untuk memiliki seekor Doraemon. Best ah kalau ada ni, senang kerja, korek je dari poket dia. Haha. tapi yang tak best nya pasal Doraemon ni ialah, waktu tayangan dia 7.30 sampai 8.00 - so memang clash la dengan maghrib. Bila dah dekat2 pukul 8, dengar deruman enjin ayah aku balik dari surau, memang aku dengan adik aku berlari lintang pukang ah baru nak semayang maghrib.

Lagi satu, aku baru dapat tau (pada umur 24 tahun ni) dari Radhiah Ariffin, yang selepas kematian pelukis Doraemon ni, orang tak tau macam mana nak end kan kartun ni. Last-last diorang buat the ultimate ending yang sebenarnya Nobita hanya bermimpi je - i.e. so Doraemon (yang banyak-banyak episod) tu hanyalah dalam mimpi Nobita. Rad kata itulah antara berita paling sedih dalam dunia ni. Ergh...aku pun sukar nak terima. Tapi lantak lah.

OK lah. Cukup lah tu. Banyak lagi tapi malas nak google. Bai.

Sabtu, 21 Ogos 2010

mentally exhausted.


"Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat"

Rabu, 11 Ogos 2010

of ramadhan. now and then.

Wah, semua orang pun buat entri pasal Ramadhan sekarang ni. Jadi, rasa macam ada yang tak kena pulak kalau aku pun tak join sama. Macam rasa dihantui sesuatu. Heh.

Aku sangat dah lama TAK….
  • Dengar pengumuman tarikh mula puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBR). Hari tu tengok live. Fuh. Rasa sangat…overwhelmed.

  • Pergi tarawih dekat Surau Taman M****. Rupa-rupanya dah pasang pendingin hawa (air-cond) dah surau rumah aku ni. Dah maju. Last time aku pergi (Don’t ask me when), pakai kipas lagi, jadi kalau dapat port bawah kipas tu, fuh, rasa nak sujud syukur. Sebab dah lama sangat tak pergi, bila datang dengan mak aku, ada beberapa makcik-makcik dok buat ‘facial expression’ dekat mak aku, yang aku suspek bermaksud ‘Siapa tu?’. Mungkin diorang ingat mak aku baru hire bibik agaknya. Haha. Aku memang anak yang low-profile.

  • Tengok iklan-iklan kurma, Yeo’s soya + cincau, dan sebagainya dengan mesej ‘Kami mengucapkan selamat berbuka puasa kepada muslimin etc’ diiringi irama Arab (ada cam bunyi gambus) beberapa minit sebelum azan Maghrib dekat TV. Kalau dulu, keluar je iklan macam tu, aku dah meluru ke meja makan, siap duduk apa semua (tinggal suap je). Itu dululah (zaman pra-remaja). Tapi sekarang, tak boleh la macam tu, kena tenang dan bersyukur dalam hati dapat selesaikan puasa. Buat malu je dengan Icha nanti.

  • Pergi bazaar ramadhan. (At this writing moment pun tak pergi lagi). Sama ada bazaar ramadhan Taman M**** atau Seksyen 18 Shah Alam (ni memang takkan pergi lagi dah). Aku ingat bila pergi nanti nak ambil gambar-gambar makanan dan tag Arina Noh atau kawan-kawan lain di perantauan. Tapi macam tak baik la buat macam tu, lagi-lagi di bulan yang mulia ni. Astagfirullah.

Alhamdullilah. Bahagia. Tapi dalam diam….

Aku juga teringat zaman:

  • Dapat jemputan iftar dari rumah-rumah lain (McArthur, Nicho, Cade Sq., Esah, Queensberry etc). Siap ada jadual tak nak bagi clash. Kalau ada yang clash, kami satu rumah akan decide according to (menu siapa yang best) yang jemput dulu.

  • Mengemas dan menghias rumah sempena pertandingan “Buyutuna fi Ramadhan” atau google translation nya : Rumah-rumah kami pada Ramadhan. Tapi tak pernah menang (T.T) mungkin sebab rumah kami memang dah nampak homy dan cantik, itu pasal bila kemas tak nampak sangat improvement.
  • Berterawih dengan pelbagai bangsa (satu agama), pelbagai warna kulit, pelbagai cara bacaan surah, pelbagai warna baju (tak semua pakai telekung). Lovely.

  • Bersahur dengan housemate-housemate sambil dengan syahdu mengenangkan “Apalah famili kita sahur kat rumah ek”

  • Reaksi seperti "You can't even drink water? You must be really de-hydrated then. I hope the milliQ water (air suling makmal) doesn’t make you feel thirsty. Atau pelawaan jujur “Hey, do you want some of my kebabs?” atau “If I were you, I’d be crossing out the calendars each day, but yeah, that’s not the whole point of ramadhan right?” ---tolonglah badan je tough tapi bila suruh cuba puasa “I think I’d die” Haha.

  • Zaman dulu...(zaman yang dah jadi past-tense). You'll never know what you've got till it's gone.

Selamat Berpuasa!

Bikin kepoh kat iftar McArthur.

Came across this sentence in TheAge about Ramadhan:

"This is the time where muslims fast during the day, and feast during the night"

Hoho. Feast? Jangan la sampai macam ni. This is not right.

Selasa, 3 Ogos 2010

a cuppa tea.

Teh atau dalam bahasa inggerisnya Tea. Suka teh? Tak kira lah teh tarik, teh ais, teh ‘o, teh ‘o ais. Kalau dulu, sewaktu di Royal Pde, ada seorang housemate aku ni, memang kaki buat teh. Tak kisah lah buat teh untuk tetamu (sama ada yang diundang atau tak diundang) ataupun teh untuk housemates minum petang. Teh tarik dia kaw gitu, entah berapa tea bags guna, aku pun tak ingat (mungkin 6 atau 7). Nama dia, err.. tak perlu lah sebut. Tapi sekarang, dia dah tak buat teh untuk kami dah, sebab dia hanya buat teh eksklusif untuk Aca sahaja. Heheh.

Disebabkan keterbergantungan aku selama 2 tahun terhadap housemate aku yang seorang ni untuk buat teh, makanya, bila dah tak duduk bersama, aku rasa membuat teh ini adalah ‘one of the most daunting task’ – dalam erti kata lain, fail. Lagi-lagi bila ada tetamu datang rumah dan mak aku bagi arahan “Pergi buat air teh-o”. Aku akan buat muka cool dan terus ke dapur masak air tapi dalam hati ‘Kenapa aku? Kenapa? Aaaa….Kenapa tak suruh Ijoi??’ sambil berpeluh sejuk.

Time tu mana sempat nak google ‘Cara-cara membuat teh-o’ ataupun ‘SOP (standard operating procedure) for making tea’ – Fizah mesti tau SOP ni. Lagipun, laptop aku berhampiran dengan meja makan so kantoi lah nanti. Well, sebenarnya tau je basic techniques nak buat teh-o seperti bahan-bahan yang diperlukan – air panas, tea bags, gula.

Tapi nak adjust elemen kemanisan dan kekelatan tu yang payah. Yelah, kadang-kadang pakai teh lain-lain jenama or pakai jug/teko yang berlainan saiz, so tak boleh la nak pakai satu panduan aja.

Kemanisan

Kalau bubuh 5 sudu besar gula kat teko kecil, mana sama dengan 5 sudu gula kat teko besar. Diluted la gula tu nanti. Masa ni lah aku teringat teknik dilution sewaktu belajar dulu. You know.. patut ada formula macam “for every 500mL of boiling water, add 100g of sugar” or things like that. Tapi macam takda maknanya lah kan nak buat macam tu.

Solution: Kena rasa and adjust-adjust sendiri lah. Tapi lidah anda berkemungkinan mendapat 5th degree burns kalau tak tiup-tiup dulu.

Kekelatan

Kekelatan teh bergantung kepada kuantiti tea bags yang digunakan ataupun selama mana kita merendam tea bags tersebut. Menurut Jamilia Marsin, tea bags perlu direndam (betul ke rendam? – brew lah senang cerita) selama 2-3 minit. Tapi biasalah, kadang-kadang aku terlupa, pura-pura sibuk sampai terendam lama. Maka terkelatlah teh-o tersebut.
Solution: Aku sangat perlukan benda ini. Mana nak carik ah?



Making tea, though easy to do, is also time consuming. Once you pour the hot water into the cup, you must patiently hover over it, waiting for the tea to steep. Well, the Penguin Tea Timer happily does the waiting for you.Place your tea cup under the beak and set it to the desired time. As you turn the timer dial, the beak lowers the tea into the hot water. When time is up, a bell sounds and the penguin automatically lifts his beak, removing the tea bag from the water.

Cool kan?
Antara komen-komen yang pernah aku terima:

Abang aku: Kilang gula tutup kah?
(Sedikit tawar la maksudnya – biasanya aku akan bagi hujah-hujah aku buat tawar atas dasar kesihatan)

Icha: Teh-o apa ni Makde? Masam.
(Aku perah limau nipis – attempt nak buat teh-o-limau, tapi mungkin banyak sangat aku guna. lol)

Khamis, 29 Julai 2010

of cars and disappointment.

Was listening to the radio the other day. The DJs were playing 'teka siapa' games whereby they give a list of attributes of someone, and makes the listeners guess (in their mind) the person that they were talking about.

They started out by saying that this particular person has a collection of 7000 cars. still not amazed? The DJ then added, 'Opps, I mean 7000 Luxury cars'. She (Fara Fauzana) proceeded with listing out the proportions of the Luxury cars that this particular person owns.


He/she has a collection of:

And so I started to subconciously guess who the person is. Must be a fancy Hollywood star, or a fancy businessman, Donald Trump, maybe? Ah, don't really care. I even wondered if he/she managed to drive each of the 7000 cars. He/she would need about 19 years if he/she were to use one car per day. Wah, pandai pulak aku kira (7000/365 days).


And Fara then announced who the owner of this collection is:

He is............Sultan *runei (between Sabah & Sarawak).

My heart sank.

I was disappointed.

Very disappointed.

Not that I didn't expect him to have such a lot of money. I know he can buy the whole world (literally). Everyone knows that.

It's the fact that it's HIM.

When the majority of people in this world are:
  • struggling to make ends meet
  • struggling to pay for the-ever-rising petrol prices
  • struggling to pay car loans
  • struggling to even get a car loan

Why 7000? And no, no I am not jealous. I don't fancy any of his luxury cars. It's just.........

Disappointing. It's disappointing how people base their decisions.

But nonetheless, its his money. He may do whatever he wants with it.

It is okay, remember..
"Allah itu Maha Adil"

Selasa, 27 Julai 2010

i will do one thing today.


It's nice if you could have this sort of notepad to remind you to do one thing (be it big or small) on a daily basis.
Some suggestions:
  1. I will climb the LRT station stairs instead of using escalator today
  2. I will greet that girl that I have never talked to, today
  3. I will call my long lost friend today
  4. I will wish my friend on fb whose his/her birthday is today, today
  5. I will have a proper breakfast today
  6. I will stop facebooking at work today (memang tak boleh pun)
  7. I will not make a face at anyone today
  8. I will pay my overdue Streamyx bill today
  9. I will clean and prepare the house for Ramadan today
  10. I will (Mom will) buy packets of nuggets for sahur, today
  11. I will (try) stop talking about people behind their backs, today (and thereafter)
  12. I will 'lipat kain' today
  13. I will drink more water today
  14. I will finish reading that book today
  15. I will and should stop writing this list now, today (apakah?)

It is better to get one thing DONE in a day, rather than having a long-uncrossed-to-do-lists.

Image from: http://www.prettybitter.com/product-p/sp01.htm

Ahad, 25 Julai 2010

perihal kasut sekolah dan air.

Beberapa hari lepas, sewaktu aku tengah tunggu tren, ada segerombolan budak perempuan sekolah menengah lalu depan aku. Mata aku tertumpu dekat kasut sekolah diorang. Hmm.. agak kotor la. Standard la, hari Jumaat, so dah lima hari pakai. Dalam hati aku, mm, ni kalau kasut budak sekolah rendah mesti lagi dasyat. Yela, hari-hari main ‘polis-en-three-one-two-jaga’ dengan yang lagi satu yang games buat bulatan lepas tu pijak-pijak kasut tu. Apa tah nama dia.

Tiba-tiba aku terfikir kewajaran pakai kasut sekolah putih ni. Beberapa bulan lepas, TheStar ada keluarkan debate pasal kewajaran uniform sekolah kat Malaysia. Kalau diikutkan, memang dah lama dah uniform sekolah kat Malaysia diperkenalkan (google sendiri ah) dan tak pernah tukar – at all. Artikel tu ada komen macam-macam termasuk warna pinafore dan kain kurung sekolah menengah – warna biru muda – yang sangat terang and dan tak lawa (aku setuju) and also kewajaran pakai kasut sekolah putih. Ho yes. Kasut putih.


Apsal eh? Kasut putih? Well, jawapan standard mungkin seperti:

  1. Teaches students to be responsible: Kasut putih kena basuh setiap minggu, kena kapur etc
  2. …………..(takda idea)
Betul ke kasut putih menjadikan murid-murid lebih bertanggung-jawab? Well, mungkin partly true. Untuk itu, aku ada menemu-bual seorang pelajar darjah 1 yang bersekolah di salah sebuah sekolah kerajaan. Memang candidate yang sesuai la. (well actually anak buah aku – Icha).

Aku : Icha, siapa yang basuh kasut sekolah tiap-tiap minggu?
Icha : Mama la.
Aku : Ooooo. Habis tu Icha kapurkan ke?
Icha : Tak lah. Baba yang kapurkan. Icha simbah aja..
Aku : Simbah? Apa tu?
Icha : Ala, lepas mama basuh, icha simbah la air.
Aku : Ooo.. (bilas rupanya)
Icha : Nak tau tak Icha basuh pakai apa? Pakai Vanish. Tapi tak pakai pencuci. Vanish je.

Ok stop dah advertise Vanish plak. Dah lari topic. Aku suspek Icha ni mewakili 6/10 budak-budak darjah 1 seluruh Malaysia. Kalau tak mak yang basuhkan, orang gaji basuhkan, tak pun mak-mak ni campak je dalam washing machine. Setel semua. Ok fine, darjah 1 baru. Maybe dah besar sikit, diorang basuh sendiri. But still, tak boleh belajar pasal tanggung-jawab ke kalau pakai kasut hitam? Tak cukup ke diorang kena jaga baju putih/ tudung putih diorang supaya tak kena sambal nasi lemak kat kantin? Kasut hitam pun kena kiwi tiap-tiap minggu apa.

Dan satu lagi, isu air. Basuh kasut setiap minggu pakai berapa liter air? Kalau ada 7 adik-beradik? Mungkin isu air ni tak (or belum lagi) signifikan kat Negara Malaysia tercinta ni. Tapi sewaktu aku kat bawah-bawah (The Land Down Under) dulu, isu air cukup besar. Undang-undang utk water restrictions diorang kadang-kadang ridiculous. Ok contoh:

Water restrictions (stage 3a):

  • Carwashing – tak boleh pakai water hose, boleh pakai baldi sahaja. Bersihkan windscreen, tingkap, ngan lampu. Ha, bersyukur kan, jadi rakyat Malaysia, boleh basuh kereta sesuka hati, seminggu dua kali lagi.
  • Garden watering - Siram pokok pakai watering cans/ bucket on alternate days (selang seli hari) from 6-8 am ONLY. Lawns CANNOT be watered.
  • Shower – Suggested 155 Litre per person/day or equivalent to 3 minute-shower. Ok ni memang aku mengaku tak ikut. Housemates aku sume Melayu mandi on average 10-15 minutes. Cik T** pulak minimum 30 minutes (Hehe kali ni ada nama kau, so jangan nak merajuk-rajuk lagi kata aku tak mention nama).

Memang teruk laws diorang, tapi setakat ni tak pernah pulak ada catuan air ke, gangguan bekalan air ke. Takda.

Ok berbalik pada isu kasut sekolah putih tadi. Mengajar murid-murid bertanggung-jawab? Hmm. boooooleh lah. sikit. It's more to a weekend activity with the whole family dah skang. Kalau ikut contoh family Icha tu - macam dah satu keluarga je terlibat dalam pembasuhan kasut sekolah. Bazir air? Bagi aku, adalah sikit. Still rasa kasut hitam (bukan canvas) is better. Lagi smart, tak perlu cuci, hanya kiwi. Just my 5 cents.

Tapi benda remeh-remeh macam uniform sekolah ni, susah nak ubah. Yang pelik nya, benda-benda besar cam UPSR ngan PMR boleh pulak. Kejap ada PTS kejap takda, kejap Math and Science in English, kejap in BM. Macam lab guinea pigs dah aku tengok budak-budak sekolah sekarang ni.



Rabu, 21 Julai 2010

of a meeting and lunch.

A meeting over lunch. Mmmm~

Cartoon courtesy of the Malaysian http://www.stoodle.wordpress.com/
Check out their blog! They picked up random facebook status and doodled them. Genius, eh?

Isnin, 19 Julai 2010

of impulse buying and compulsive spending.

Bayangkan anda sedang jalan-jalan dekat shopping mall. Tak kisah la, waktu lunch hari Jumaat ke, balik kerja ke, weekends ke. Tiba-tiba nampak ada poster besar:



Kaki anda pun terus melencong masuk kedai. Pastu nampak ada satu baju ni, boleh tahan la, so-so. Ada sale 70% (but still mahal lagi sebenarnya). Pastu otak dah fikir, ah konfem ni, kena beli!! 70% tu. Kalau tak sale lagi mahal. Walhal, minggu lepas, anda baru lepas beli baju. Ini namanya impulsive buying. Jom tanya cik WIKI, apa maksud term ni:

"An impulse purchase or impulse buy is an unplanned or otherwise spontaneous purchase. One who tends to make such purchases is referred to as an impulse purchaser or impulse buyer"

A bit of elaboration:

"Impulse buying disrupts the normal decision making models in consumers' brains. The logical sequence of the consumers' actions is replaced with an irrational moment of self gratification. Impulse items appeal to the emotional side of consumers. Some items bought on impulse are not considered functional or necessary in the consumers' lives. Preventing impulse buying involves techniques such as setting budgets before shopping and taking time out before the purchase is made"

Okay enough said. Aku rasa benda ni normal, and selalu jadi dekat aku jugak. Walaupun dulu selalunya aku akan belek satu benda itu lama gila, memang dah macam konfem nak beli, pusing mall 3 kali pun masuk kedai tu jugak. Tapi end up tak beli sebab kedekut hehe (Budak-budak Royal Pde selalu bengang. Tanya Fizah or Aini Ibrahim). Tapi sejak balik Tanah Melayu ni, sales dia mengoda-goda pulak. OK, jom fikir sama-sama cara nak atasi atau kurangkan pembelian secara impuls ni.

  1. Korang perasan tak, benda yang kita paling nak beli tu lah tiba-tiba takda saiz la (e.g. kasut yang tinggal sebelah display, sebelah baru)? Aaaaaarrgh memang frust menonggeng. Selalu tak macam tu? Well at least, benda ini selalu jadi kat aku. So, on the plus side, aku rasa itu adalah divine intervention untuk bagitau yang “Kau tak perlu pun benda ni, tak payah beli. Dan tak boleh nak beli pun, sebab takda saiz, tak faham-faham ke?” Hamik.

  2. Setiap kali terasa nak beli, tetapkan peraturan dalam hati “Orait. Aku nak beli, tapi esok lah datang balik kedai ni”. Bila balik rumah mesti lupa punya lah. Tapi kalau dah termimpi-mimpi and asyik tulis dekat status fesbuk “Keep thinking about the shoes I saw yesterday” memenuhi newsfeed aku selama seminggu macam Aisha Adam, ada baiknya korang beli je lah. Hehe jangan marah Esah. Dah beli pun kasut tu kan?

  3. Shoppinglah dengan kawan-kawan. Bila nak beli sesuatu, tanya; “Eh lawa tak baju ni? Orait tak kalau aku beli ni?”. Kalau kawan kau tu kawan dunia akhirat, dia akan jawab jujur. “Pergh, mahal gila ni. Dah la macam tak sesuai je ngan kau, Nampak macam makcik ah”. Ha, terus korang sedar dari mimpi, and baju yang tadi rasa macam paling cantik dalam dunia, terus jadi “Hmm, betul ah. Macam makcik. Ketat pulak tu”. Tapi kalau dapat kawan macam aku yang memang teruja tengok orang habiskan duit mereka, memang silap ah. Aku akan keluarkan ayat “Cantiknya, sesuai betul lah. Laa, beli sehelai aja? Amik la 2-3.” Jangan salah faham, aku tengah buat ‘reverse psychology’ suruh fikir sendiri.

  4. Cuba shopping dalam waktu-waktu yang limited. Contoh: Kena balik rumah sebelum 4.30 petang, sebab komuter sangat penuh waktu begini on weekends. Jadi, cuba start shopping or browsing kedai pukul 3.30 petang ke. Sebelum tu, makan-makan and sembang-sembang lah dengan kawan-kawan. Kita cuma ada sejam or less sahaja untuk membuat sebarang pembelian. By the time jumpa benda-benda yang best (termasuk beratur kat fitting room apa semua), ek eh dah pukul 4.15 petang? Dalam fikiran, terbayang-bayang kesesakan komuter dan perebutan yang bakal berlaku antara wanita-wanita untuk masuk ke Ladies Coach. Terus letak balik baju dekat rak, and pecut balik. Bagi yang berkereta, bayangkan kesesakan lalu-lintas yang bakal anda tempuhi. Mengerikan, bukan?

  5. Akhir sekali, apabila terasa nak impulse buying, let’s say for a thing that costs RM 100, cuba fikir balik; What can I do with this RM 100 if I were not to spend this on this shoes? Tanya balik, bulan ini dah bagi duit dekat parents ke? Kalau belum, bagi dulu RM 100 tu kat diorang, or belanja adik-adik atau kawan-kawan. Dah berapa lama aku tak buat sedekah jariah? I am pretty sure that RM 100 worth more to an orphan, than it is to us. Bukan nak cadang derma RM100 terus, tapi setakat mana yang mampu la. RM 5 pun still derma what? Asal ikhlas. All I am saying is, provoke guilts in yourself before buying (unnecessary) things.
Ok itu aja tips kali ini. Sama-samalah kita (kita denotes you and ME) amalkan.

Happy shopping! Bai.

Oh lupa, happy birthday Nurulaini Abu Shamsi!



Khamis, 15 Julai 2010

Perihal komuter.

Sebagai pengguna tegar KTM komuter, aku rasa sangatlah terpanggil untuk menulis tentang makhluk tak bernyawa yang paling dekat di hati aku ni. Korang dengar je nama 'KOMUTER' mesti hati dah membuak-buak penuh kebencian, bukan? Itu belum tengok gambar lagi, ok kita recall balik macam mana rupa komuter ni.

Aku selalu membandingkan antara KTM komuter dengan LRT Rapid KL (yang dulu dipanggil Putra) sebab dua-dua aku selalu naik. Kalau terlepas satu tren komuter, memang sangat frustating fikir nak buat apa for the next 15 minutes (itupun kalau punctual la). Di sinilah buku, The Sun (ya aku memang kedekut baca surat khabar berbayar) atau mp3 menjadi sangat berguna, and time tu la baru nak SMS kawan-kawan yang dah lama lost contact.

Berbeza dengan LRT, aku selalu jalan lenggang kangkung tak perlu berkejar-kejar, sebab takda hal punya lah kalau terlepas satu tren pun. Belum sempat kau nak mengeluh atau menangis sebab terlepas, tiba-tiba ek eh, the next tren dah muncul. FYI, frekuensi LRT ni adalah setiap 2 minit (waktu puncak). See, macam mana lah aku tak pilih kasih?

Tapi adalah tidak adil untuk membandingkan komuter dan LRT. Jarak antara stesen untuk komuter adalah jauh, tak macam LRT. Komuter kena kongsi landasan dengan KTM Intercity (alah yang pergi Tumpat, Gemas etc), keretapi kargo, kucing melintas (apakah??). Kerana inilah, komuter kadang-kadang kena berhenti. LRT tiada pemandu dan dikawal oleh sistem komputer, maka punctuality is usually not a problem, sebab timeframe dia berhenti dekat setiap stesen adalah sama. Kalau komuter plak, dapat pemandu yang speeding, cepat la sikit sampai. Kalau pemandu yang baik hati plak, nampak awek cun lari-lari baru nak lintas jejantas pun sanggup tunggu. Banyak variability. Banyak flaws.

Inilah masalah Malaysia. Suka sangat introduce benda-benda baru, tapi benda-benda yang sedia ada tak improve, tak sustain. Ah, malas nak komen lebih. Anyway, since nothing much that we can do to change the system, all we can do is hold on to it. Kalau korang macam aku, takda pilihan lain selain komuter, aku ada beberapa tips untuk memastikan perjalanan dengan komuter berjalan lancar (cewah, macam spokesperson KTM pulak dah):

Tips dan panduan berguna untuk pengguna KTM komuter:


  1. Bagi yang pergi kerja naik komuter, silalah ambil tahu timetable komuter. Senang nak bajet/ adjust time bersiap. Kalau nak pergi awal, boleh naik yang 6.57, kalau terlajak tidur, boleh adjust untuk tren seterusnya pukul 7.12. (Nampak sangat aku dah hafal by heart kan?)
  2. Beli Touch N' Go. Pasti korang tak nak terlepas tren hanya sebab beratur nak beli tiket, bukan? Mesti sakit hati. Pesanan untuk deskmate aku, Nur Amina: sila dapatkan Touch N' Go.
  3. Jangan nak mengada-ngada pakai high heels (waktu puncak). Tau tak, high heels korang tu berpotensi mencederakan kaki orang lain bila bersesak-sesak? Paling tak pun, boleh tersangkut dekat gap platform, hah padan muka.
  4. Kalau nak duduk, boleh cuba tukar tren sebelum KL central. KL central ni memang gudang manusia bertukar tren so, memang sesak. Contoh: Kalau naik LRT (Putra), boleh try turun dekat Pasar Seni, and naik komuter from stesen Kuala Lumpur instead. Faham? Tak faham sudah.
  5. Kita takkan dapat apa-apa kalau asik mengeluh dan marah-marah. Think positive. Tahukah anda, berdiri selama 30 minit bakar kalori lebih tinggi dari duduk 30 minit? So, bila sampai destinasi, anda akan end up lebih kurus (sedikit) berbanding orang yang dapat duduk. Hehe.
  6. Bersyukur la weyy. At least, kita tak kena naik sampan redah buaya pergi kerja. Ada orang, nak beli tiket komuter pun tak mampu, let alone pergi kerja.
  7. Kalau semua tips ni tak membantu, beli kereta je ah.




Rabu, 14 Julai 2010

A Beginning to an End? Haha.

Ok wau macam tak percaya aku sedang menaip entri sulung aku! Wohoo. Well, sebenarnya bukanlah sulung sangat sebab sebelum ini, aku pernah ada beberapa (which is 2 atau 3 rasanya) entri di Friendster's Blog. Aku suspek Frienster dah tak mampu nak maintain site tu, sebab aku carik balik tapi tak jumpa dah.

Macam mana la aku boleh tiba-tiba, jam 4.15 ptg di office (ada sound effect guruh berdentum) hendak buat blog? Sangat lah buang tebiat, ok? Bila aku menyuarakan hasrat aku nak buat blog pada deskmate aku, Nur Amina (nama samaran), dia memandang aku dengan muka dan kata-kata semangatnya selama 2 minit 17 saat sebelum berpaling semula kepada skrin PC untuk meneruskan bacaan i***cool.blogspot nya (Yaa…itu adalah blog feveret kami, yang akan dilayari selama sejam setelah sampai office/lunch atau waktu-waktu darurat mcm sekarang ni lah: Blog ini bertindak sepertimana caffeine dalam coffee anda tapi warning: bahasanya over sikit la). Aku dan Nur Amina selalu berdoa agar blog itu TIDAK menerima nasib yang sama sepertimana Fesbuk, YouTube, DeviantArt etc yang telah diblok oleh IT unit company kami. Amin (sama-sama aminkan eh).

Well, aku memang dari dulu dah bercita-cita nak ada blog and maintain blog sepertimana kawan-kawan aku skang. Tapi selalu terkubur, sebab (1) takda idea nak tulis pasal apa, (2) stail penulisan yang tak berapa best, (3) Bahasa Melayu SPM aku A2 sahaja (sob sob...). Tapi tadi aku macam terpengaruh dengan tagline Nike ‘Just Do It’ maka aku pun buat sajalah. Takda kerja, PC depan mata, taip aja lah kan?

So, aku nak cerita la aspek-aspek yang aku ambil kira sebelum aku mendaftarkan blog ini (sekitar pukul 4 tadi):

1. Address blog.

Well, sepertimana yang diwar-warkan oleh Hanis Zalikha (aku tak baca sangat blog dia, tapi part ni je yang aku baca: hahah defensive gila). Dia kata, pilihlah address blog yang senang nak eja and baca. Jangan la letak cam hexaminolevulinatehydrochloride.blogspot pulak. Mentang-mentang lah aku minat pharmacology kat Uni dulu, ada hati nak bubuh nama drug yang aku sendiri belum tentu boleh eja. Heh. Contoh address blog yang senang nak eja/baca macam blog Hanis, inibelogsaya.blogspot. Aku mula-mula ingat nak letak inibelogsayapulak.blogspot, tapi macam dah plagiat lah pulak. So, last-last aku pun letak nama sendiri je lah sebab…..mmmm……aku memang malas nak fikir.

2. Bahasa

Aspek kedua yang aku fikir ialah nak pakai bahasa apa dekat blog ni. Bahasa Melayu (BM)? Bahasa Inggeris? Campur? Bahasa mengada-ngada (e.g. kew, lew, uols)? Bahasa isyarat (bayangkan aku sedang buat bahasa isyarat)? Dah lama-lama aku fikir (dalam ¾ minit), aku ingat aku nak guna BM aja lah, walaupun aku mengalami kesukaran (yang dasyat) untuk mengarang surat rasmi dalam BM untuk Pengarah Unit Tajaan MARA, tahun lepas. And akan mix sikit-sikit lah dengan English aku yang dah berkarat ni.

3. Tajuk blog

Sepertimana di atas, tajuk blog aku for the time being ialah ‘Dah solat?’. Mesti korang nak cakap ‘Hek eleh, macam lah waro’ sangat nak bubuh tajuk blog macam ni..(i.e. bunyi mcm dah blog anak saudara Ustazah Bahiyah Semanis Kurma)’. Aku tau, tajuk dia seperti menggambarkan entri-entri aku berkisar tentang nasihat dan tazkirah gitu. Tapi tak salah kan kalau aku nak bertazkirah dengan tajuk (walaupun entri-entri nya banyak merapu/merepek sahaja)?? Kan?
Tajuk ini diambil setelah kejadian hari ini, dimana aku sangat khusyuk membaca blog orang (lepas lunch) sampai lah jam dah pukul 2.15 and Nur Amina (nama pun Nur Amina kan..hik hik) menghulurkan Post-it™ notes kepada aku bertulis “Weh, dah solat?”. Setelah beristigfar panjang, aku pun bergegas ke surau. Ini semua salah blog-blog yang aku baca tu lah, sebab kat tajuk diorang tak ingatkan aku pun untuk solat, isk isk..(Pandainya aku, nak salahkan orang pulak).

4. Template/ layout

Aku ni tak berapa minat lah layout yang konon kiut, berbunga-bunga, girlish and background penuh dengan gambar-gambar. Aduhai…semak nya lahai. Lalu, aku pun pilih la layout yang agak-agak simple sepertimana layout sekarang ni. Aku akui the fact yang aku ni buta IT juga penyumbang besar kepada pemilihan ini coz aku tak reti nak customize sendiri. Haha (gelakkan diri sendiri).

5. Konsep (isi) entri-entri

Err..tak fikir lagi.

Mmm aku rasa takat ni je lah entri sulung aku nih. Kalau panjang sangat pun aku ngan Nur Amina je yang end up baca, kah kah. Or, maybe entri sulung ni je lah satu-satunya entri yang aku ada kat blogspot ni. Sebab nanti aku bajet lama gila tak update and lupa password (or worse lupa username) and aku buat entri sulung kat wordpress, posterous or blog hosts yang lain pulak. Hehe.

p/s: Jangan makan gaji buta dengan melayari fesbuk/ blog sepanjang hari. Kalau dah siap/takde kerja macam aku takpe.

Btw, DAH SOLAT?