Rabu, 11 Ogos 2010

of ramadhan. now and then.

Wah, semua orang pun buat entri pasal Ramadhan sekarang ni. Jadi, rasa macam ada yang tak kena pulak kalau aku pun tak join sama. Macam rasa dihantui sesuatu. Heh.

Aku sangat dah lama TAK….
  • Dengar pengumuman tarikh mula puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBR). Hari tu tengok live. Fuh. Rasa sangat…overwhelmed.

  • Pergi tarawih dekat Surau Taman M****. Rupa-rupanya dah pasang pendingin hawa (air-cond) dah surau rumah aku ni. Dah maju. Last time aku pergi (Don’t ask me when), pakai kipas lagi, jadi kalau dapat port bawah kipas tu, fuh, rasa nak sujud syukur. Sebab dah lama sangat tak pergi, bila datang dengan mak aku, ada beberapa makcik-makcik dok buat ‘facial expression’ dekat mak aku, yang aku suspek bermaksud ‘Siapa tu?’. Mungkin diorang ingat mak aku baru hire bibik agaknya. Haha. Aku memang anak yang low-profile.

  • Tengok iklan-iklan kurma, Yeo’s soya + cincau, dan sebagainya dengan mesej ‘Kami mengucapkan selamat berbuka puasa kepada muslimin etc’ diiringi irama Arab (ada cam bunyi gambus) beberapa minit sebelum azan Maghrib dekat TV. Kalau dulu, keluar je iklan macam tu, aku dah meluru ke meja makan, siap duduk apa semua (tinggal suap je). Itu dululah (zaman pra-remaja). Tapi sekarang, tak boleh la macam tu, kena tenang dan bersyukur dalam hati dapat selesaikan puasa. Buat malu je dengan Icha nanti.

  • Pergi bazaar ramadhan. (At this writing moment pun tak pergi lagi). Sama ada bazaar ramadhan Taman M**** atau Seksyen 18 Shah Alam (ni memang takkan pergi lagi dah). Aku ingat bila pergi nanti nak ambil gambar-gambar makanan dan tag Arina Noh atau kawan-kawan lain di perantauan. Tapi macam tak baik la buat macam tu, lagi-lagi di bulan yang mulia ni. Astagfirullah.

Alhamdullilah. Bahagia. Tapi dalam diam….

Aku juga teringat zaman:

  • Dapat jemputan iftar dari rumah-rumah lain (McArthur, Nicho, Cade Sq., Esah, Queensberry etc). Siap ada jadual tak nak bagi clash. Kalau ada yang clash, kami satu rumah akan decide according to (menu siapa yang best) yang jemput dulu.

  • Mengemas dan menghias rumah sempena pertandingan “Buyutuna fi Ramadhan” atau google translation nya : Rumah-rumah kami pada Ramadhan. Tapi tak pernah menang (T.T) mungkin sebab rumah kami memang dah nampak homy dan cantik, itu pasal bila kemas tak nampak sangat improvement.
  • Berterawih dengan pelbagai bangsa (satu agama), pelbagai warna kulit, pelbagai cara bacaan surah, pelbagai warna baju (tak semua pakai telekung). Lovely.

  • Bersahur dengan housemate-housemate sambil dengan syahdu mengenangkan “Apalah famili kita sahur kat rumah ek”

  • Reaksi seperti "You can't even drink water? You must be really de-hydrated then. I hope the milliQ water (air suling makmal) doesn’t make you feel thirsty. Atau pelawaan jujur “Hey, do you want some of my kebabs?” atau “If I were you, I’d be crossing out the calendars each day, but yeah, that’s not the whole point of ramadhan right?” ---tolonglah badan je tough tapi bila suruh cuba puasa “I think I’d die” Haha.

  • Zaman dulu...(zaman yang dah jadi past-tense). You'll never know what you've got till it's gone.

Selamat Berpuasa!

Bikin kepoh kat iftar McArthur.

Came across this sentence in TheAge about Ramadhan:

"This is the time where muslims fast during the day, and feast during the night"

Hoho. Feast? Jangan la sampai macam ni. This is not right.

9 ulasan:

  1. Haha..

    Nanti entry syawal jangan lupa buat tulis pasal - kehidupan hons yr yang dramatik sambil 'smoke' tikus.

    Selamat berpuasa bit

    BalasPadam
  2. bittttt part bazaar tu yg best..org pon igt nk amik gmbar x pon vid trus n tag dak2 yg stil kt sana hihi...alhamdulillah x yah berbuka lam train lg..^0^

    BalasPadam
  3. Aini: Sabar2 belum syawal lagi. Tunggu ko buat entri syawal dulu (potong2 kepala tikus)

    Fizah: Isk isk. Ha apa lagi cepat la tag diorang.lol.

    BalasPadam
  4. aku tau ape Taman M**** tu. heheh

    BalasPadam
  5. Aku pun tau Impian M****. Haha.

    BalasPadam
  6. HAHHAHAHHAHHA bitt thank u sebab mencapubkan nama aku. tag lah tak heran. aku dah buka sejam dah. dah kenyang. ko sure blom kan kan kan? hahaha.

    -Arina Noh.

    BalasPadam
  7. huhu aini nmpk kurus dlm gamba tu

    BalasPadam
  8. farah bitt~
    huuu rindu orang "Vibe" gak (hehe macam highclass je nama rumah korang:P)
    hmm baru je semalam gi bangunan yang korang duduk tu, tapi gi iftar rumah PG.. teringat kat korang semua:(
    tahun ni MacArthur jemput jiran2 pada masa yang sama. rumah Parkville (rumah kak Maleen dulu), MacArthur Jr (hehe ade Jr dok MacArthur gak) and rumah Park Lodge. kalau tak mesti korang ada menambah kekecohan MacArthur seperti biase hehe..

    nway, rindduuu korang~
    Selamat Beribadah Di Bulan Ramadhan:)
    take care!!

    Kak Dati, MacArthur Sr

    BalasPadam
  9. Kak Dati!!!
    Waa... rindunya T.T

    BalasPadam