Selasa, 3 Ogos 2010

a cuppa tea.

Teh atau dalam bahasa inggerisnya Tea. Suka teh? Tak kira lah teh tarik, teh ais, teh ‘o, teh ‘o ais. Kalau dulu, sewaktu di Royal Pde, ada seorang housemate aku ni, memang kaki buat teh. Tak kisah lah buat teh untuk tetamu (sama ada yang diundang atau tak diundang) ataupun teh untuk housemates minum petang. Teh tarik dia kaw gitu, entah berapa tea bags guna, aku pun tak ingat (mungkin 6 atau 7). Nama dia, err.. tak perlu lah sebut. Tapi sekarang, dia dah tak buat teh untuk kami dah, sebab dia hanya buat teh eksklusif untuk Aca sahaja. Heheh.

Disebabkan keterbergantungan aku selama 2 tahun terhadap housemate aku yang seorang ni untuk buat teh, makanya, bila dah tak duduk bersama, aku rasa membuat teh ini adalah ‘one of the most daunting task’ – dalam erti kata lain, fail. Lagi-lagi bila ada tetamu datang rumah dan mak aku bagi arahan “Pergi buat air teh-o”. Aku akan buat muka cool dan terus ke dapur masak air tapi dalam hati ‘Kenapa aku? Kenapa? Aaaa….Kenapa tak suruh Ijoi??’ sambil berpeluh sejuk.

Time tu mana sempat nak google ‘Cara-cara membuat teh-o’ ataupun ‘SOP (standard operating procedure) for making tea’ – Fizah mesti tau SOP ni. Lagipun, laptop aku berhampiran dengan meja makan so kantoi lah nanti. Well, sebenarnya tau je basic techniques nak buat teh-o seperti bahan-bahan yang diperlukan – air panas, tea bags, gula.

Tapi nak adjust elemen kemanisan dan kekelatan tu yang payah. Yelah, kadang-kadang pakai teh lain-lain jenama or pakai jug/teko yang berlainan saiz, so tak boleh la nak pakai satu panduan aja.

Kemanisan

Kalau bubuh 5 sudu besar gula kat teko kecil, mana sama dengan 5 sudu gula kat teko besar. Diluted la gula tu nanti. Masa ni lah aku teringat teknik dilution sewaktu belajar dulu. You know.. patut ada formula macam “for every 500mL of boiling water, add 100g of sugar” or things like that. Tapi macam takda maknanya lah kan nak buat macam tu.

Solution: Kena rasa and adjust-adjust sendiri lah. Tapi lidah anda berkemungkinan mendapat 5th degree burns kalau tak tiup-tiup dulu.

Kekelatan

Kekelatan teh bergantung kepada kuantiti tea bags yang digunakan ataupun selama mana kita merendam tea bags tersebut. Menurut Jamilia Marsin, tea bags perlu direndam (betul ke rendam? – brew lah senang cerita) selama 2-3 minit. Tapi biasalah, kadang-kadang aku terlupa, pura-pura sibuk sampai terendam lama. Maka terkelatlah teh-o tersebut.
Solution: Aku sangat perlukan benda ini. Mana nak carik ah?



Making tea, though easy to do, is also time consuming. Once you pour the hot water into the cup, you must patiently hover over it, waiting for the tea to steep. Well, the Penguin Tea Timer happily does the waiting for you.Place your tea cup under the beak and set it to the desired time. As you turn the timer dial, the beak lowers the tea into the hot water. When time is up, a bell sounds and the penguin automatically lifts his beak, removing the tea bag from the water.

Cool kan?
Antara komen-komen yang pernah aku terima:

Abang aku: Kilang gula tutup kah?
(Sedikit tawar la maksudnya – biasanya aku akan bagi hujah-hujah aku buat tawar atas dasar kesihatan)

Icha: Teh-o apa ni Makde? Masam.
(Aku perah limau nipis – attempt nak buat teh-o-limau, tapi mungkin banyak sangat aku guna. lol)

10 ulasan:

  1. aca femes! name die masuk belog bit! huhu tp bit, aca xsuke minum manis. asik2 minum air masak je. so skil wat teh aini terbengakalai begitu shj. klu duk dgn bit ari2 leh wat teh kt bit

    BalasPadam
  2. Tu ah. hari-hari boleh minum teh + cekodok macam dulu.

    BalasPadam
  3. err..aku mmg xreti wat teh. so entri ni agak berguna la. thanks. haha

    BalasPadam
  4. Weyy, kau kalau nak buat teh kena bawak mug sendiri. Nanti kena sound. hehe.

    BalasPadam
  5. biittt!! ya Allah..merana ok nk tahan from gelak guling-guling kat office nii!:p

    BalasPadam
  6. haha..da carik blom cara2 buat teh?
    heish anak dara sorg ni...

    BalasPadam
  7. Kat Timet + Jamie: Rindu ah korang....

    BalasPadam
  8. walaupon tak de kene mengena ngan teh, aku terigat kari masam ko bile ko sebut teh masam hehe

    BalasPadam
  9. ahahaha adui bit2..nnti org tulis SOP baek nya utk bit..teh ais, limau, o, susu smua masuk skali

    BalasPadam
  10. Yana: Haha. Kari masam kan signature dish aku. Pakai 3 asam keping ok. lol.
    Fizah: dah siap nanti tolong forward eh.

    BalasPadam