Isnin, 27 Disember 2010
Sabtu, 20 November 2010
Dah lukis 10 kali, baru boleh kata tak lawa.
Aku: Apsal padam? Buat je dulu. Tak sama pun takpe.
Icha: Tak reti.... nanti tak lawa
Aku: Laa.. Kalau tak lukis lagi camna dah cakap tak lawa. Cuba la dulu.
Icha: Tak nak. Nanti tak lawa..
Dia dah mula muncungkan mulut, hampir menunjukkan ciri-ciri untuk 'throw tantrums'. Tapi masih nekad nak belajar juga. Dia try lukis lagi.....then padam semula.
Aku: Apsal padam? OK je garisan tu.
Icha: Tak laaawaa....tau dah mesti tak lawa.
Icha: Aaaa (sedikit blur) Yela...(sambil start lukis)
Aku pun sambung tengok TV. Tiga minit lepas tu dia bersuara:
Icha: Ala makde... tak lawaaaa
Aku: Berapa kali dah lukis?
Icha: 3 kali
Aku: Ada berapa kali lagi baru boleh kata tak lawa?
Icha: 7 kali (sambil sengih-sengih)
Aku: Ok good. Lukis lagi
Selang beberapa minit:
Icha: Ala dah 6 kali dah, tak lawa...
Aku: Kan ada lagi 4 kali. Cuba lagi
Lama dia senyap. Then aku jenguk tengok apa jadi.
Icha: OK dah siap!...Nak warna pulak!!!
Aku: Wohhoooo! Good girl.
*kisah benar
Tagline Nike: Just Do It!!
Rabu, 3 November 2010
Khamis, 14 Oktober 2010
perihal sekolah asrama
"Haha. Comotnya kita! Tudung herot. Ni mesti sebab tak lilin tudung ni"
2. Skill menerima apa jua makanan seadanya
3. Skill tidur atas meja
Mungkin atas sebab jadual yang padat dan ketat, budak-budak asrama selalu tak cukup tidur. Dah lah pagi petang dengan malam kena ke kelas, lepas tu stay up pulak lagi (aku tak tergolong). Oleh itu, nak top up kan waktu tidur yang tak cukup tu, kena la tidur dekat kelas, ya tak? Kelas-kelas yang selamat untuk tidur adalah seperti kelas Cikgu Mok, sebab dia pandang ceiling belakang, so takkan perasan punya lah. LOL (eh, Cikgu Mok ada fb kan? Hehe. Meh add beramai-ramai). Mukadimah prep petang pun, dimulakan dengan 10-15 minit power nap, cewah. Stail tidur kat meja macam-macam. Ada tidur atas lengan, tidur atas timbunan buku, tak kurang juga yang tidur atas katil (ni yang escape prep terus).
4. Skill Clorox tudung (topical application)
5. Skill menyidai pakaian
OK, aku dah takda idea. Kesimpulannya, I miss you all la! Budak-budak Uniteenz, or not-so-uniteenz, whatever the name of our batch was. Congrats untuk yang berkahwin tahun ni (Nisah, Amru, Ikin, Adlil, Rie) yang dapat baby (Cikie and Pijai), yang bertunang (Huda, Apad, Apah, Amed), yang baru lepas grad, semua-semua lah. Bai!
Selasa, 28 September 2010
of power distance.
"How much the less powerful members of institutions and organizations expect and accept that power is distributed unequally. In cultures with small power distance (e.g. Australia, Austria, Denmark, Ireland, Israel, New Zealand), people expect and accept power relations that are more consultative or democratic. People relate to one another more as equals regardless of formal positions. Subordinates are more comfortable with and demand the right to contribute to and critique the decisions of those in power. In cultures with large power distance (e.g. Malaysia), the less powerful accept power relations that are autocratic or paternalistic. Subordinates acknowledge the power of others based on their formal, hierarchical positions. Thus, Small vs. Large Power Distance does not measure or attempt to measure a culture's objective, "real" power distribution, but rather the way people perceive power differences."
Khamis, 23 September 2010
Khamis, 2 September 2010
konsep tawakkal.
Tawakal itu ialah menetapkan segala keyakinan kita kepada Allah dan semua yang dijanjikan-Nya. Maksudnya, segala apa yang telah Allah tentukan kepada kita, pasti akan kita perolehi, walaupun semua makhluk yang ada di dunia ini cuba menghalangnya. Dan segala apa yang tidak Allah tentukan kepada kita, pasti tidak akan kita perolehi, biarpun seluruh isi alam ini berusaha menolong kita untuk mendapatkannya. - Imam Al Ghazali
It's as simple as that :)
Selasa, 31 Ogos 2010
Masihkah kau ingat? Wahai anak-anak zaman 80-an.
Pada waktu itu
"TORA datang lagi dengan permainan.....". Ha jangan tipu kata korang tak pernah beli (atau mintak mak belikan benda ni). Dalam TORA ni seingat aku ada bebola coklat, mainan dengan apa tah lagi. Tapi selalunya budak-budak beli sebab nakkan mainan tu kan? Yang paling aku ingat mainan payung terjun (ada askar melekat kat hujung tu). Dan bebola coklat dia biasa saja, tak lah hebat mana pun, beli-beli je dah cair. Mm. Ada lagi satu nama dia Ding Dang - pun pakai konsep yang sama.
Ni nama dia gula-gula udang. Aku kurang pasti lah korang pernah makan ke tidak gula-gula ni. Aku membesar di Kajang, so tak berapa pasti gula-gula ni popular di tempat lain (e.g. Kota Kinabalu etc). Yang special nya pasal gula-gula ni, pembalut dia yang kat dalam (lutsinar) tu boleh makan (cair di mulut gitu).
Yang ni nama dia asam keping kot. Sebab dia bentuk keping-keping (Duh~). Asam ni sekali ngap je boleh habis satu silinder tu, tapi biasalah, budak-budak kan kalau sayang makanan, suka simpan/ delay nak makan - so aku makan sekeping-sekeping benda ni. Kecik-kecik lagi dah kenal erti bersabar. Hoho.
Yang ni Koko Jelly, pembalut dia berwarna-warni tapi prinsip snek ni adalah -bebola coklat berinti kacang. Waktu dulu aku rasa coklat ni lah paling sedap sekali, kiranya bagi budak-budak, coklat ni setaraf la dengan 'Ferrero Rocher'. Nak beli Ferrero Rocher tak cukup duit. Ada rupa bulat macam Ferrero Rocher pun jadilah. Lagipun, Koko Jelly ni tak silap aku penaja rancangan kartun Doraemon - so memang popular lah.
Nano-nano-nano-nano (2x) Nanoh (ops)
Oh nano nano saya tak sabar, saya gemar,
Manis, masam, masin, nano nano, nana... (Tiasa ulasan untuk gula-gula ni.)
OK, ni kalau dalam ranking, kira snek paling bertahan sampai sekarang. Alah, korang pun ada yang malu nak mengaku kan suka coki-coki? Haha. Tapi aku dah jumpa lah geng coki-coki semenjak aku post gambar coki-coki kat fesbuk aritu. So yeah, sep sikit! Aritu aku ada berbual dengan adik aku (orang yang selalu kena suruh beli) la pasal coki-coki ni.
Ijoi: Kau tau tak, apa yang membuatkan coki-coki ni bertahan sampai sekarang? Apa secret weapon dia?
Aku: (sambil makan coki-coki) Hmm.. entah lah. Apa dia?
Ijoi: Sebab packaging dia i.e. pakai tiub. Mana ada coklat lain packaging macam ni. Cuba bayangkan coki-coki bubuh dalam bekas lepas tu kena pakai sudu ke. Dah tak 'coki-coki' ah gitu. Orang suka mcm picit-picit tiub tu (macam picit ubat gigi yang dah nak abis la). Tu lah trademark dia.
Aku: Hak ah la. Betul jugak. (kagum dengan falsafah adik aku).
Tapi memang betul lah, orang besar pun suka makan coki-coki. Buktinya, coki-coki yang jual dekat ofis aku ni, selalu jugak sold out (no - bukan aku borong, aku pernah beli 2 kali je). Setahu aku, ofis ni takda pulak pekerja kanak-kanak ke apa. Kantoii...haha.
"Dengan kuasa bulan, akan menghukummu..". OK aku ada satu confession. Aku terer lukis SailorMoon dulu-dulu. Haha. Deskmate sekolah agama aku dulu memang fanatik lah dengan kartun ni, jadi, dia yang ajar lukis (sambil Ustazah ajar Imla' dan Khat kat depan). Tapi SailorMoon ni takda lah power sangat kalau korang tengok kartun dia. Bila penjahat datang je menggelabah & merengek, lepas tu mamat yang ada rose tu selamakan. Macam 'lame' lah jugak camna boleh minat kartun ni.
"AN AN AN tottemo daisuki DORAEMON........". Kartun ni membuatkan aku berangan untuk memiliki seekor Doraemon. Best ah kalau ada ni, senang kerja, korek je dari poket dia. Haha. tapi yang tak best nya pasal Doraemon ni ialah, waktu tayangan dia 7.30 sampai 8.00 - so memang clash la dengan maghrib. Bila dah dekat2 pukul 8, dengar deruman enjin ayah aku balik dari surau, memang aku dengan adik aku berlari lintang pukang ah baru nak semayang maghrib.
Lagi satu, aku baru dapat tau (pada umur 24 tahun ni) dari Radhiah Ariffin, yang selepas kematian pelukis Doraemon ni, orang tak tau macam mana nak end kan kartun ni. Last-last diorang buat the ultimate ending yang sebenarnya Nobita hanya bermimpi je - i.e. so Doraemon (yang banyak-banyak episod) tu hanyalah dalam mimpi Nobita. Rad kata itulah antara berita paling sedih dalam dunia ni. Ergh...aku pun sukar nak terima. Tapi lantak lah.
OK lah. Cukup lah tu. Banyak lagi tapi malas nak google. Bai.
Sabtu, 21 Ogos 2010
Rabu, 11 Ogos 2010
of ramadhan. now and then.
Aku sangat dah lama TAK….
- Dengar pengumuman tarikh mula puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBR). Hari tu tengok live. Fuh. Rasa sangat…overwhelmed.
- Pergi tarawih dekat Surau Taman M****. Rupa-rupanya dah pasang pendingin hawa (air-cond) dah surau rumah aku ni. Dah maju. Last time aku pergi (Don’t ask me when), pakai kipas lagi, jadi kalau dapat port bawah kipas tu, fuh, rasa nak sujud syukur. Sebab dah lama sangat tak pergi, bila datang dengan mak aku, ada beberapa makcik-makcik dok buat ‘facial expression’ dekat mak aku, yang aku suspek bermaksud ‘Siapa tu?’. Mungkin diorang ingat mak aku baru hire bibik agaknya. Haha. Aku memang anak yang low-profile.
- Tengok iklan-iklan kurma, Yeo’s soya + cincau, dan sebagainya dengan mesej ‘Kami mengucapkan selamat berbuka puasa kepada muslimin etc’ diiringi irama Arab (ada cam bunyi gambus) beberapa minit sebelum azan Maghrib dekat TV. Kalau dulu, keluar je iklan macam tu, aku dah meluru ke meja makan, siap duduk apa semua (tinggal suap je). Itu dululah (zaman pra-remaja). Tapi sekarang, tak boleh la macam tu, kena tenang dan bersyukur dalam hati dapat selesaikan puasa. Buat malu je dengan Icha nanti.
- Pergi bazaar ramadhan. (At this writing moment pun tak pergi lagi). Sama ada bazaar ramadhan Taman M**** atau Seksyen 18 Shah Alam (ni memang takkan pergi lagi dah). Aku ingat bila pergi nanti nak ambil gambar-gambar makanan dan tag Arina Noh atau kawan-kawan lain di perantauan. Tapi macam tak baik la buat macam tu, lagi-lagi di bulan yang mulia ni. Astagfirullah.
Alhamdullilah. Bahagia. Tapi dalam diam….
Aku juga teringat zaman:
- Dapat jemputan iftar dari rumah-rumah lain (McArthur, Nicho, Cade Sq., Esah, Queensberry etc). Siap ada jadual tak nak bagi clash. Kalau ada yang clash, kami satu rumah akan decide according to (menu siapa yang best) yang jemput dulu.
- Mengemas dan menghias rumah sempena pertandingan “Buyutuna fi Ramadhan” atau google translation nya : Rumah-rumah kami pada Ramadhan. Tapi tak pernah menang (T.T) mungkin sebab rumah kami memang dah nampak homy dan cantik, itu pasal bila kemas tak nampak sangat improvement.
- Berterawih dengan pelbagai bangsa (satu agama), pelbagai warna kulit, pelbagai cara bacaan surah, pelbagai warna baju (tak semua pakai telekung). Lovely.
- Bersahur dengan housemate-housemate sambil dengan syahdu mengenangkan “Apalah famili kita sahur kat rumah ek”
- Reaksi seperti "You can't even drink water? You must be really de-hydrated then. I hope the milliQ water (air suling makmal) doesn’t make you feel thirsty”. Atau pelawaan jujur “Hey, do you want some of my kebabs?” atau “If I were you, I’d be crossing out the calendars each day, but yeah, that’s not the whole point of ramadhan right?” ---tolonglah badan je tough tapi bila suruh cuba puasa “I think I’d die” Haha.
- Zaman dulu...(zaman yang dah jadi past-tense). You'll never know what you've got till it's gone.
Bikin kepoh kat iftar McArthur.
Came across this sentence in TheAge about Ramadhan:
"This is the time where muslims fast during the day, and feast during the night"
Hoho. Feast? Jangan la sampai macam ni. This is not right.
Ahad, 8 Ogos 2010
Selasa, 3 Ogos 2010
a cuppa tea.
Making tea, though easy to do, is also time consuming. Once you pour the hot water into the cup, you must patiently hover over it, waiting for the tea to steep. Well, the Penguin Tea Timer happily does the waiting for you.Place your tea cup under the beak and set it to the desired time. As you turn the timer dial, the beak lowers the tea into the hot water. When time is up, a bell sounds and the penguin automatically lifts his beak, removing the tea bag from the water.
Cool kan?
Antara komen-komen yang pernah aku terima:
Icha: Teh-o apa ni Makde? Masam.
Isnin, 2 Ogos 2010
Khamis, 29 Julai 2010
of cars and disappointment.
- 604 Rolls Royces
- 574 Mercedes-Benzes
- 452 Ferraris
- 382 Bentleys
- 209 BMWs
- 179 Jaguars
- 134 Koenigseggs
- 21 Lamborghinis
- and 1 SSC
- No. Myvi (my dream car) was not in this list.
And so I started to subconciously guess who the person is. Must be a fancy Hollywood star, or a fancy businessman, Donald Trump, maybe? Ah, don't really care. I even wondered if he/she managed to drive each of the 7000 cars. He/she would need about 19 years if he/she were to use one car per day. Wah, pandai pulak aku kira (7000/365 days).
- struggling to make ends meet
- struggling to pay for the-ever-rising petrol prices
- struggling to pay car loans
- struggling to even get a car loan
Why 7000? And no, no I am not jealous. I don't fancy any of his luxury cars. It's just.........
Selasa, 27 Julai 2010
i will do one thing today.
- I will climb the LRT station stairs instead of using escalator today
- I will greet that girl that I have never talked to, today
- I will call my long lost friend today
- I will wish my friend on fb whose his/her birthday is today, today
- I will have a proper breakfast today
- I will stop facebooking at work today (memang tak boleh pun)
- I will not make a face at anyone today
- I will pay my overdue Streamyx bill today
- I will clean and prepare the house for Ramadan today
- I will (Mom will) buy packets of nuggets for sahur, today
- I will (try) stop talking about people behind their backs, today (and thereafter)
- I will 'lipat kain' today
- I will drink more water today
- I will finish reading that book today
- I will and should stop writing this list now, today (apakah?)
It is better to get one thing DONE in a day, rather than having a long-uncrossed-to-do-lists.
Image from: http://www.prettybitter.com/product-p/sp01.htm
Ahad, 25 Julai 2010
perihal kasut sekolah dan air.
Apsal eh? Kasut putih? Well, jawapan standard mungkin seperti:
- Teaches students to be responsible: Kasut putih kena basuh setiap minggu, kena kapur etc
- …………..(takda idea)
Aku : Icha, siapa yang basuh kasut sekolah tiap-tiap minggu?
Icha : Mama la.
Aku : Ooooo. Habis tu Icha kapurkan ke?
Icha : Tak lah. Baba yang kapurkan. Icha simbah aja..
Aku : Simbah? Apa tu?
Icha : Ala, lepas mama basuh, icha simbah la air.
Aku : Ooo.. (bilas rupanya)
Icha : Nak tau tak Icha basuh pakai apa? Pakai Vanish. Tapi tak pakai pencuci. Vanish je.
Ok stop dah advertise Vanish plak. Dah lari topic. Aku suspek Icha ni mewakili 6/10 budak-budak darjah 1 seluruh Malaysia. Kalau tak mak yang basuhkan, orang gaji basuhkan, tak pun mak-mak ni campak je dalam washing machine. Setel semua. Ok fine, darjah 1 baru. Maybe dah besar sikit, diorang basuh sendiri. But still, tak boleh belajar pasal tanggung-jawab ke kalau pakai kasut hitam? Tak cukup ke diorang kena jaga baju putih/ tudung putih diorang supaya tak kena sambal nasi lemak kat kantin? Kasut hitam pun kena kiwi tiap-tiap minggu apa.
Dan satu lagi, isu air. Basuh kasut setiap minggu pakai berapa liter air? Kalau ada 7 adik-beradik? Mungkin isu air ni tak (or belum lagi) signifikan kat Negara Malaysia tercinta ni. Tapi sewaktu aku kat bawah-bawah (The Land Down Under) dulu, isu air cukup besar. Undang-undang utk water restrictions diorang kadang-kadang ridiculous. Ok contoh:
Water restrictions (stage 3a):
- Carwashing – tak boleh pakai water hose, boleh pakai baldi sahaja. Bersihkan windscreen, tingkap, ngan lampu. Ha, bersyukur kan, jadi rakyat Malaysia, boleh basuh kereta sesuka hati, seminggu dua kali lagi.
- Garden watering - Siram pokok pakai watering cans/ bucket on alternate days (selang seli hari) from 6-8 am ONLY. Lawns CANNOT be watered.
- Shower – Suggested 155 Litre per person/day or equivalent to 3 minute-shower. Ok ni memang aku mengaku tak ikut. Housemates aku sume Melayu mandi on average 10-15 minutes. Cik T** pulak minimum 30 minutes (Hehe kali ni ada nama kau, so jangan nak merajuk-rajuk lagi kata aku tak mention nama).
Memang teruk laws diorang, tapi setakat ni tak pernah pulak ada catuan air ke, gangguan bekalan air ke. Takda.
Ok berbalik pada isu kasut sekolah putih tadi. Mengajar murid-murid bertanggung-jawab? Hmm. boooooleh lah. sikit. It's more to a weekend activity with the whole family dah skang. Kalau ikut contoh family Icha tu - macam dah satu keluarga je terlibat dalam pembasuhan kasut sekolah. Bazir air? Bagi aku, adalah sikit. Still rasa kasut hitam (bukan canvas) is better. Lagi smart, tak perlu cuci, hanya kiwi. Just my 5 cents.
Tapi benda remeh-remeh macam uniform sekolah ni, susah nak ubah. Yang pelik nya, benda-benda besar cam UPSR ngan PMR boleh pulak. Kejap ada PTS kejap takda, kejap Math and Science in English, kejap in BM. Macam lab guinea pigs dah aku tengok budak-budak sekolah sekarang ni.
Rabu, 21 Julai 2010
of a meeting and lunch.
Cartoon courtesy of the Malaysian http://www.stoodle.wordpress.com/
Check out their blog! They picked up random facebook status and doodled them. Genius, eh?
Isnin, 19 Julai 2010
of impulse buying and compulsive spending.
Kaki anda pun terus melencong masuk kedai. Pastu nampak ada satu baju ni, boleh tahan la, so-so. Ada sale 70% (but still mahal lagi sebenarnya). Pastu otak dah fikir, ah konfem ni, kena beli!! 70% tu. Kalau tak sale lagi mahal. Walhal, minggu lepas, anda baru lepas beli baju. Ini namanya impulsive buying. Jom tanya cik WIKI, apa maksud term ni:
A bit of elaboration:
"Impulse buying disrupts the normal decision making models in consumers' brains. The logical sequence of the consumers' actions is replaced with an irrational moment of self gratification. Impulse items appeal to the emotional side of consumers. Some items bought on impulse are not considered functional or necessary in the consumers' lives. Preventing impulse buying involves techniques such as setting budgets before shopping and taking time out before the purchase is made"
Okay enough said. Aku rasa benda ni normal, and selalu jadi dekat aku jugak. Walaupun dulu selalunya aku akan belek satu benda itu lama gila, memang dah macam konfem nak beli, pusing mall 3 kali pun masuk kedai tu jugak. Tapi end up tak beli sebab kedekut hehe (Budak-budak Royal Pde selalu bengang. Tanya Fizah or Aini Ibrahim). Tapi sejak balik Tanah Melayu ni, sales dia mengoda-goda pulak. OK, jom fikir sama-sama cara nak atasi atau kurangkan pembelian secara impuls ni.
- Korang perasan tak, benda yang kita paling nak beli tu lah tiba-tiba takda saiz la (e.g. kasut yang tinggal sebelah display, sebelah baru)? Aaaaaarrgh memang frust menonggeng. Selalu tak macam tu? Well at least, benda ini selalu jadi kat aku. So, on the plus side, aku rasa itu adalah divine intervention untuk bagitau yang “Kau tak perlu pun benda ni, tak payah beli. Dan tak boleh nak beli pun, sebab takda saiz, tak faham-faham ke?” Hamik.
- Setiap kali terasa nak beli, tetapkan peraturan dalam hati “Orait. Aku nak beli, tapi esok lah datang balik kedai ni”. Bila balik rumah mesti lupa punya lah. Tapi kalau dah termimpi-mimpi and asyik tulis dekat status fesbuk “Keep thinking about the shoes I saw yesterday” memenuhi newsfeed aku selama seminggu macam Aisha Adam, ada baiknya korang beli je lah. Hehe jangan marah Esah. Dah beli pun kasut tu kan?
- Shoppinglah dengan kawan-kawan. Bila nak beli sesuatu, tanya; “Eh lawa tak baju ni? Orait tak kalau aku beli ni?”. Kalau kawan kau tu kawan dunia akhirat, dia akan jawab jujur. “Pergh, mahal gila ni. Dah la macam tak sesuai je ngan kau, Nampak macam makcik ah”. Ha, terus korang sedar dari mimpi, and baju yang tadi rasa macam paling cantik dalam dunia, terus jadi “Hmm, betul ah. Macam makcik. Ketat pulak tu”. Tapi kalau dapat kawan macam aku yang memang teruja tengok orang habiskan duit mereka, memang silap ah. Aku akan keluarkan ayat “Cantiknya, sesuai betul lah. Laa, beli sehelai aja? Amik la 2-3.” Jangan salah faham, aku tengah buat ‘reverse psychology’ suruh fikir sendiri.
- Cuba shopping dalam waktu-waktu yang limited. Contoh: Kena balik rumah sebelum 4.30 petang, sebab komuter sangat penuh waktu begini on weekends. Jadi, cuba start shopping or browsing kedai pukul 3.30 petang ke. Sebelum tu, makan-makan and sembang-sembang lah dengan kawan-kawan. Kita cuma ada sejam or less sahaja untuk membuat sebarang pembelian. By the time jumpa benda-benda yang best (termasuk beratur kat fitting room apa semua), ek eh dah pukul 4.15 petang? Dalam fikiran, terbayang-bayang kesesakan komuter dan perebutan yang bakal berlaku antara wanita-wanita untuk masuk ke Ladies Coach. Terus letak balik baju dekat rak, and pecut balik. Bagi yang berkereta, bayangkan kesesakan lalu-lintas yang bakal anda tempuhi. Mengerikan, bukan?
- Akhir sekali, apabila terasa nak impulse buying, let’s say for a thing that costs RM 100, cuba fikir balik; What can I do with this RM 100 if I were not to spend this on this shoes? Tanya balik, bulan ini dah bagi duit dekat parents ke? Kalau belum, bagi dulu RM 100 tu kat diorang, or belanja adik-adik atau kawan-kawan. Dah berapa lama aku tak buat sedekah jariah? I am pretty sure that RM 100 worth more to an orphan, than it is to us. Bukan nak cadang derma RM100 terus, tapi setakat mana yang mampu la. RM 5 pun still derma what? Asal ikhlas. All I am saying is, provoke guilts in yourself before buying (unnecessary) things.
Happy shopping! Bai.
Oh lupa, happy birthday Nurulaini Abu Shamsi!
Khamis, 15 Julai 2010
Perihal komuter.
Aku selalu membandingkan antara KTM komuter dengan LRT Rapid KL (yang dulu dipanggil Putra) sebab dua-dua aku selalu naik. Kalau terlepas satu tren komuter, memang sangat frustating fikir nak buat apa for the next 15 minutes (itupun kalau punctual la). Di sinilah buku, The Sun (ya aku memang kedekut baca surat khabar berbayar) atau mp3 menjadi sangat berguna, and time tu la baru nak SMS kawan-kawan yang dah lama lost contact.
Berbeza dengan LRT, aku selalu jalan lenggang kangkung tak perlu berkejar-kejar, sebab takda hal punya lah kalau terlepas satu tren pun. Belum sempat kau nak mengeluh atau menangis sebab terlepas, tiba-tiba ek eh, the next tren dah muncul. FYI, frekuensi LRT ni adalah setiap 2 minit (waktu puncak). See, macam mana lah aku tak pilih kasih?
Tapi adalah tidak adil untuk membandingkan komuter dan LRT. Jarak antara stesen untuk komuter adalah jauh, tak macam LRT. Komuter kena kongsi landasan dengan KTM Intercity (alah yang pergi Tumpat, Gemas etc), keretapi kargo, kucing melintas (apakah??). Kerana inilah, komuter kadang-kadang kena berhenti. LRT tiada pemandu dan dikawal oleh sistem komputer, maka punctuality is usually not a problem, sebab timeframe dia berhenti dekat setiap stesen adalah sama. Kalau komuter plak, dapat pemandu yang speeding, cepat la sikit sampai. Kalau pemandu yang baik hati plak, nampak awek cun lari-lari baru nak lintas jejantas pun sanggup tunggu. Banyak variability. Banyak flaws.
Inilah masalah Malaysia. Suka sangat introduce benda-benda baru, tapi benda-benda yang sedia ada tak improve, tak sustain. Ah, malas nak komen lebih. Anyway, since nothing much that we can do to change the system, all we can do is hold on to it. Kalau korang macam aku, takda pilihan lain selain komuter, aku ada beberapa tips untuk memastikan perjalanan dengan komuter berjalan lancar (cewah, macam spokesperson KTM pulak dah):
Tips dan panduan berguna untuk pengguna KTM komuter:
- Bagi yang pergi kerja naik komuter, silalah ambil tahu timetable komuter. Senang nak bajet/ adjust time bersiap. Kalau nak pergi awal, boleh naik yang 6.57, kalau terlajak tidur, boleh adjust untuk tren seterusnya pukul 7.12. (Nampak sangat aku dah hafal by heart kan?)
- Beli Touch N' Go. Pasti korang tak nak terlepas tren hanya sebab beratur nak beli tiket, bukan? Mesti sakit hati. Pesanan untuk deskmate aku, Nur Amina: sila dapatkan Touch N' Go.
- Jangan nak mengada-ngada pakai high heels (waktu puncak). Tau tak, high heels korang tu berpotensi mencederakan kaki orang lain bila bersesak-sesak? Paling tak pun, boleh tersangkut dekat gap platform, hah padan muka.
- Kalau nak duduk, boleh cuba tukar tren sebelum KL central. KL central ni memang gudang manusia bertukar tren so, memang sesak. Contoh: Kalau naik LRT (Putra), boleh try turun dekat Pasar Seni, and naik komuter from stesen Kuala Lumpur instead. Faham? Tak faham sudah.
- Kita takkan dapat apa-apa kalau asik mengeluh dan marah-marah. Think positive. Tahukah anda, berdiri selama 30 minit bakar kalori lebih tinggi dari duduk 30 minit? So, bila sampai destinasi, anda akan end up lebih kurus (sedikit) berbanding orang yang dapat duduk. Hehe.
- Bersyukur la weyy. At least, kita tak kena naik sampan redah buaya pergi kerja. Ada orang, nak beli tiket komuter pun tak mampu, let alone pergi kerja.
- Kalau semua tips ni tak membantu, beli kereta je ah.
Rabu, 14 Julai 2010
A Beginning to an End? Haha.
Macam mana la aku boleh tiba-tiba, jam 4.15 ptg di office (ada sound effect guruh berdentum) hendak buat blog? Sangat lah buang tebiat, ok? Bila aku menyuarakan hasrat aku nak buat blog pada deskmate aku, Nur Amina (nama samaran), dia memandang aku dengan muka dan kata-kata semangatnya selama 2 minit 17 saat sebelum berpaling semula kepada skrin PC untuk meneruskan bacaan i***cool.blogspot nya (Yaa…itu adalah blog feveret kami, yang akan dilayari selama sejam setelah sampai office/lunch atau waktu-waktu darurat mcm sekarang ni lah: Blog ini bertindak sepertimana caffeine dalam coffee anda tapi warning: bahasanya over sikit la). Aku dan Nur Amina selalu berdoa agar blog itu TIDAK menerima nasib yang sama sepertimana Fesbuk, YouTube, DeviantArt etc yang telah diblok oleh IT unit company kami. Amin (sama-sama aminkan eh).
Well, aku memang dari dulu dah bercita-cita nak ada blog and maintain blog sepertimana kawan-kawan aku skang. Tapi selalu terkubur, sebab (1) takda idea nak tulis pasal apa, (2) stail penulisan yang tak berapa best, (3) Bahasa Melayu SPM aku A2 sahaja (sob sob...). Tapi tadi aku macam terpengaruh dengan tagline Nike ‘Just Do It’ maka aku pun buat sajalah. Takda kerja, PC depan mata, taip aja lah kan?
So, aku nak cerita la aspek-aspek yang aku ambil kira sebelum aku mendaftarkan blog ini (sekitar pukul 4 tadi):
1. Address blog.
Well, sepertimana yang diwar-warkan oleh Hanis Zalikha (aku tak baca sangat blog dia, tapi part ni je yang aku baca: hahah defensive gila). Dia kata, pilihlah address blog yang senang nak eja and baca. Jangan la letak cam hexaminolevulinatehydrochloride.blogspot pulak. Mentang-mentang lah aku minat pharmacology kat Uni dulu, ada hati nak bubuh nama drug yang aku sendiri belum tentu boleh eja. Heh. Contoh address blog yang senang nak eja/baca macam blog Hanis, inibelogsaya.blogspot. Aku mula-mula ingat nak letak inibelogsayapulak.blogspot, tapi macam dah plagiat lah pulak. So, last-last aku pun letak nama sendiri je lah sebab…..mmmm……aku memang malas nak fikir.
2. Bahasa
Aspek kedua yang aku fikir ialah nak pakai bahasa apa dekat blog ni. Bahasa Melayu (BM)? Bahasa Inggeris? Campur? Bahasa mengada-ngada (e.g. kew, lew, uols)? Bahasa isyarat (bayangkan aku sedang buat bahasa isyarat)? Dah lama-lama aku fikir (dalam ¾ minit), aku ingat aku nak guna BM aja lah, walaupun aku mengalami kesukaran (yang dasyat) untuk mengarang surat rasmi dalam BM untuk Pengarah Unit Tajaan MARA, tahun lepas. And akan mix sikit-sikit lah dengan English aku yang dah berkarat ni.
3. Tajuk blog
Sepertimana di atas, tajuk blog aku for the time being ialah ‘Dah solat?’. Mesti korang nak cakap ‘Hek eleh, macam lah waro’ sangat nak bubuh tajuk blog macam ni..(i.e. bunyi mcm dah blog anak saudara Ustazah Bahiyah Semanis Kurma)’. Aku tau, tajuk dia seperti menggambarkan entri-entri aku berkisar tentang nasihat dan tazkirah gitu. Tapi tak salah kan kalau aku nak bertazkirah dengan tajuk (walaupun entri-entri nya banyak merapu/merepek sahaja)?? Kan?
Tajuk ini diambil setelah kejadian hari ini, dimana aku sangat khusyuk membaca blog orang (lepas lunch) sampai lah jam dah pukul 2.15 and Nur Amina (nama pun Nur Amina kan..hik hik) menghulurkan Post-it™ notes kepada aku bertulis “Weh, dah solat?”. Setelah beristigfar panjang, aku pun bergegas ke surau. Ini semua salah blog-blog yang aku baca tu lah, sebab kat tajuk diorang tak ingatkan aku pun untuk solat, isk isk..(Pandainya aku, nak salahkan orang pulak).
4. Template/ layout
Aku ni tak berapa minat lah layout yang konon kiut, berbunga-bunga, girlish and background penuh dengan gambar-gambar. Aduhai…semak nya lahai. Lalu, aku pun pilih la layout yang agak-agak simple sepertimana layout sekarang ni. Aku akui the fact yang aku ni buta IT juga penyumbang besar kepada pemilihan ini coz aku tak reti nak customize sendiri. Haha (gelakkan diri sendiri).
5. Konsep (isi) entri-entri
Err..tak fikir lagi.
Mmm aku rasa takat ni je lah entri sulung aku nih. Kalau panjang sangat pun aku ngan Nur Amina je yang end up baca, kah kah. Or, maybe entri sulung ni je lah satu-satunya entri yang aku ada kat blogspot ni. Sebab nanti aku bajet lama gila tak update and lupa password (or worse lupa username) and aku buat entri sulung kat wordpress, posterous or blog hosts yang lain pulak. Hehe.
p/s: Jangan makan gaji buta dengan melayari fesbuk/ blog sepanjang hari. Kalau dah siap/takde kerja macam aku takpe.
Btw, DAH SOLAT?