Selasa, 31 Ogos 2010

Masihkah kau ingat? Wahai anak-anak zaman 80-an.

"Masihkah kau ingat
Pada waktu itu
Sekuntum bunga mekar
Kuselit ke rambutmu..." - Kopratasa

Ok dah cukup. Tak payah la intro panjang-panjang kan, kita go straight to the point je lah this time. Keep it short and simple. Oleh sebab ramai kawan-kawan aku tergolong dari kalangan yang lahir zaman 80-an, makanya aku suspek, kita berkongsi benda/mainan/jajan yang mengingatkan kita tentang zaman itu, bukan? Tak perlu lah korang berhempas-pulas me'recall' benda tu semua, sebab aku telah secara suka-rela buatkan senarai untuk kita (ya, sama-sama).
OK, mari kita mulakan...


"TORA datang lagi dengan permainan.....". Ha jangan tipu kata korang tak pernah beli (atau mintak mak belikan benda ni). Dalam TORA ni seingat aku ada bebola coklat, mainan dengan apa tah lagi. Tapi selalunya budak-budak beli sebab nakkan mainan tu kan? Yang paling aku ingat mainan payung terjun (ada askar melekat kat hujung tu). Dan bebola coklat dia biasa saja, tak lah hebat mana pun, beli-beli je dah cair. Mm. Ada lagi satu nama dia Ding Dang - pun pakai konsep yang sama.

Ni nama dia gula-gula udang. Aku kurang pasti lah korang pernah makan ke tidak gula-gula ni. Aku membesar di Kajang, so tak berapa pasti gula-gula ni popular di tempat lain (e.g. Kota Kinabalu etc). Yang special nya pasal gula-gula ni, pembalut dia yang kat dalam (lutsinar) tu boleh makan (cair di mulut gitu).


Yang ni nama dia asam keping kot. Sebab dia bentuk keping-keping (Duh~). Asam ni sekali ngap je boleh habis satu silinder tu, tapi biasalah, budak-budak kan kalau sayang makanan, suka simpan/ delay nak makan - so aku makan sekeping-sekeping benda ni. Kecik-kecik lagi dah kenal erti bersabar. Hoho.


Yang ni Koko Jelly, pembalut dia berwarna-warni tapi prinsip snek ni adalah -bebola coklat berinti kacang. Waktu dulu aku rasa coklat ni lah paling sedap sekali, kiranya bagi budak-budak, coklat ni setaraf la dengan 'Ferrero Rocher'. Nak beli Ferrero Rocher tak cukup duit. Ada rupa bulat macam Ferrero Rocher pun jadilah. Lagipun, Koko Jelly ni tak silap aku penaja rancangan kartun Doraemon - so memang popular lah.

Nano-nano-nano-nano (2x) Nanoh (ops)

Oh nano nano saya tak sabar, saya gemar,

Manis, masam, masin, nano nano, nana... (Tiasa ulasan untuk gula-gula ni.)


OK, ni kalau dalam ranking, kira snek paling bertahan sampai sekarang. Alah, korang pun ada yang malu nak mengaku kan suka coki-coki? Haha. Tapi aku dah jumpa lah geng coki-coki semenjak aku post gambar coki-coki kat fesbuk aritu. So yeah, sep sikit! Aritu aku ada berbual dengan adik aku (orang yang selalu kena suruh beli) la pasal coki-coki ni.

Ijoi: Kau tau tak, apa yang membuatkan coki-coki ni bertahan sampai sekarang? Apa secret weapon dia?

Aku: (sambil makan coki-coki) Hmm.. entah lah. Apa dia?

Ijoi: Sebab packaging dia i.e. pakai tiub. Mana ada coklat lain packaging macam ni. Cuba bayangkan coki-coki bubuh dalam bekas lepas tu kena pakai sudu ke. Dah tak 'coki-coki' ah gitu. Orang suka mcm picit-picit tiub tu (macam picit ubat gigi yang dah nak abis la). Tu lah trademark dia.

Aku: Hak ah la. Betul jugak. (kagum dengan falsafah adik aku).

Tapi memang betul lah, orang besar pun suka makan coki-coki. Buktinya, coki-coki yang jual dekat ofis aku ni, selalu jugak sold out (no - bukan aku borong, aku pernah beli 2 kali je). Setahu aku, ofis ni takda pulak pekerja kanak-kanak ke apa. Kantoii...haha.

"Dengan kuasa bulan, akan menghukummu..". OK aku ada satu confession. Aku terer lukis SailorMoon dulu-dulu. Haha. Deskmate sekolah agama aku dulu memang fanatik lah dengan kartun ni, jadi, dia yang ajar lukis (sambil Ustazah ajar Imla' dan Khat kat depan). Tapi SailorMoon ni takda lah power sangat kalau korang tengok kartun dia. Bila penjahat datang je menggelabah & merengek, lepas tu mamat yang ada rose tu selamakan. Macam 'lame' lah jugak camna boleh minat kartun ni.

"AN AN AN tottemo daisuki DORAEMON........". Kartun ni membuatkan aku berangan untuk memiliki seekor Doraemon. Best ah kalau ada ni, senang kerja, korek je dari poket dia. Haha. tapi yang tak best nya pasal Doraemon ni ialah, waktu tayangan dia 7.30 sampai 8.00 - so memang clash la dengan maghrib. Bila dah dekat2 pukul 8, dengar deruman enjin ayah aku balik dari surau, memang aku dengan adik aku berlari lintang pukang ah baru nak semayang maghrib.

Lagi satu, aku baru dapat tau (pada umur 24 tahun ni) dari Radhiah Ariffin, yang selepas kematian pelukis Doraemon ni, orang tak tau macam mana nak end kan kartun ni. Last-last diorang buat the ultimate ending yang sebenarnya Nobita hanya bermimpi je - i.e. so Doraemon (yang banyak-banyak episod) tu hanyalah dalam mimpi Nobita. Rad kata itulah antara berita paling sedih dalam dunia ni. Ergh...aku pun sukar nak terima. Tapi lantak lah.

OK lah. Cukup lah tu. Banyak lagi tapi malas nak google. Bai.

4 ulasan:

  1. yeah! aku bangga jadi pengulas pertama entri ni.
    seronok betul baca.

    Ade lg satu coklat yg ala2 Tora and Ding Dang, iaitu Jojo. yg ni 50sen klu xsilap aku, so ni up sket la dari Tora sume tuh.

    Gula2 udang tuh aku pnah mkn gak, tp xpnah tau name die gula2 udang. eh asal udang? ade ltak udang ke? euwww

    owh, aku sgt suke koko jelly. sgt sdap ok! plus pembalut die yg warna warni tu. menarik betul.
    dan coki2 juga. smp skg aku still suke mkn (heh, mmg xmalu nak confess)

    aku xpnah tgk sailormoon ok. haha pelik kan. tp yg pasti doraemon mmg fav aku dari dlu smp skg. misti tgk!

    btw, lagu kopratasa tu adalah one of my fav songs. eheh

    BalasPadam
  2. HAHAHHAHAHHA naseb baek ko tak tules ulasan untuk gula gula nano nano tu kan bitt hahaha.

    BalasPadam
  3. Gula-gula Nano tu macam dah self-explanatory. Hahah.

    BalasPadam
  4. wahh bitt koko jelly dah lamerr x jumpa !!!! :p

    BalasPadam