Dah dekat setahun anniversary blog ni tiada entri bertulis. Untuk meraikan anniversary ni, maka aku cadang nak tulis something pasal the thing that I am currently doing, which is teaching. Aku mula mengajar beberapa bulan yang lepas, subjek Biology untuk A-level. Bila kawan-kawan dengar je aku kerja ni, keluarlah kata-kata seperti:
“Eh Bitt, macam mana bitt ajar, presentation honours pun suara cam nak nangis je cakap cam kereta api?”
“Apa???? Jadi lecturer?” gelak-gelak jap. “Mesti kena buli dengan students.. muka cam students”
“Teringin nak tengok kau mengajar Bitt… tolonglah record” ß ni request paling banyak dapat.. pergh kalau aku upload kat Youtube tak dapat view 1000 (at least) siap lah korang. Anyway tak main la upload-upload aku bukan Cikgu Shida ok.
Jadi, ni aku nak cerita lah ni macam mana aku survive teaching buat mereka yang masih bertanda-tanya. Well obviously aku tiada training dalam bidang teaching and pedagogy ni, haruslah menggelabah (gila) kan di hari pertama masuk kelas. Beberapa hari sebelum aku start mengajar, kami yang baru masuk ni ada kursus sehari in which dia beritahu la serba-sedikit, what to do and all on the very first day of class.
Among all, aku paling terkesan bila diorang tunjuk short movie clip from "Mona Lisa Smile". Scene Julia Roberts, seorang cikgu baru masuk kelas first dekat Arts College terkemuka Weseley College. Sebelum masuk kelas, ada cikgu lain pesan kat Julia "Be careful, they can smell fear" Sila forward ke minit yang ke 6.00.
http://www.youtube.com/watch?v=1w9QYDmV3MU
Bila tengok je video tu, aku cam OMG that is probably whats going to happen to me !!!! Cuak gila okay?
Anyway, takda la teruk mana pun. Berikut adalah tips-tips yang aku amalkan untuk survive teaching.
Never reveal your age.
Kebanyakan lecturer baru masuk ni umur pun lingkungan aku je, lagi muda pun ada. So, the first rule is NEVER REVEAL YOUR AGE to the students. Students yang aku ajar ni actually fresh after SPM so umur diorang adalah 18 tahun. Tak jauh beza pun dalam 7 tahun je. Kadang-kadang aku tengok cermin, rasa muka aku pun macam diorang je haihh.. memang masalah. Students ni bukan calang-calang, semua (ya semmmua sekali) dapat straight A’s SPM hokkay.. Haruslah straight A’s kan, kalau tak jangan harap JPA nak hantar diorang buat Medic. Dah la cemerlang terbilang dapat biasiswa buat medic dan dijangka terbang ke Ireland/ India, korang bayangkan lah ego diorang macam mana kan.. Tetiba masuk kolej, “Ek ehhh, apsal dapat lecturer muda? Boleh ke ajar kami yang bijak pandai lagi intelektual ni??” OK ni dialog rekaan semata-mata.
First time aku masuk kelas, muka sorang-sorang aku tengok cam Einstein dah haa… jelas tergambar dalam otak diorang dok meneka berapakah umur lecturer kat depan diorang ni. Selepas beberapa minit briefing apa jadah semua, maka aku pun tanya “Allright, any questions??” in which aku dah boleh agak apa diorang nak tanya “Miss, how old are you?” zassss. Anda patut jawab “Well, old enough to teach you…” dengan lagak macho tapi ended up aku tak jawab macam tu pun. LOL. Bukan apa, once they know that we are young ataupun baru grad ke, diorang punya level of respect will drop a bit, so keep it a hush hush.
Learn to say “I don’t know” in different ways.
Well, mengajar para cendikiawan ni memang mencabar, lagi-lagi tahap ingin-tahu (curiousity) diorang memang tinggi tahap Skyscraper Demi Lavato wohh. Diorang memang suka tanya benda yang out-of-syllabus. Sometimes their questions are from genuine curiosity but sometimes they wanted to test your knowledge, so kena pandai beza. Biasanya after aku explain something or after habis satu subtopic ke, aku akan tanya “OK, any questions for this topic??” dengan muka selamba muka konon pandai padahal dalam hati jantung berdegup kencang “OMG please lah jangan tanya benda yang aku tak baca lagi or soalan merapu” hahah. But if they do ask some killer questions, here are some of the ways:
Honest – Kalau soalan yang ditanya agak relevan tapi aku tak berapa nak ingat you can just simply be honest by saying “I am not sure about that, I will double check and get back to you tomorrow??” Lepas tu balik office baru menggelabah la baca buku cari jawapan.. But jangan sesekali lupa nak jawab the following day, because each time we are able to answer their questions, their trust will build up.
Divert – Takkan la setiap kali tanya soalan nak jawab “I don’t know, I will get back tomorrow” sampai sepuluh kali back to back. Agak-agak la kan. Mesti diorang cam… errr lecturer ni pergi sekolah ke tak ni semua benda pun tak tau.. apa cerita?? So the next trick is to divert the question. Mula-mula puji dulu “That’s a very good question” dengan senyuman sinis lepas tu tanya the whole class “Anyone wants to give a try/ Anyone have any idea???”. Diorang ni adalah sangat competitive between each other (kiasu) so haruslah menunjukkan kepandaian dengan menjawab soalan rakan-rakan diorang, ye tak? So yeah, aku terselamat di situ.
Kadang-kadang soalan diorang tu bukanlah killer pun, cumanya jawapan kepada soalan itu terlampau complicated and belajar time degree nanti. Contohnya macam blood clotting cascade. Yang diorg perlu tahu adalah:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan